Jul 25, 2011

1,2,3


Assalamualaikum,

Ini entri pertama sepanjang 2011. Ada banyak perkara baru terjadi sepanjang 2011 ini. Tidak sempat menulis untuk dikongsikan. Ini adalah cebisan terpenting dalam kronologi hidupku.

1. Kupanjanjat kesyukuran, kerana tahun ini Pai sudah mendapat kerja berstatus kontrak di Jabatan Penyiaran Pahang. Alhamdulillah, kini Pai bergelar Penyampai Radio Pahang. Terima Kasih atas kepercayaan pihak pentadbiran. Yang paling se
ronok menjadi DJ apabila dapat berkongsi pengalaman insan yang mencari rezeki yang halal menerusi slot CITRA KEHIDUPAN. link: www.blogcitrakehidupan.blogspot.com
Yang kedua seronok, dapat umumkan azan kepada semua rakyat Pahang dan yang mendengarkan siaran kami. 7 bulan pai bersiaran akhirnya ada peningkatan. Sokongan keluarga dan kawan-kawan dihargai. Pai semakin bersemangat meneruskan perjuangan.

2. Pai bercadang untuk membuat fasa baru. Cadangann
ya pertunangan dan membina keluarga. Tapi plan yang dirancang mungkin dipandang sipi oleh sesetengah pihak, maklumlah kami orang muda. Hanya orang tua boleh menguruskannya. Kalau abah Pai masih hidup, pasti dia orang yang paling gembira. Jadi cadangan kami cuma cadangan dan harapan. Sesungguhnya plan Allah yang paling berkesan. Pasti ada hikmah tersembunyi. Hatiku kuat, insya Allah boleh lalui semua ini. Semua persiapan telah dibuat, tapi hampa. Pesan ummiku, hanya jauhari mengenal manikam ;) aku pegang
kata-katanya, jangan pernah berhenti berbuat baik walaupun hatimu sengsara ! Tidak mengapa, masih ramai yang sayang diriku. Terima kasih adik-adik Baitul Husna, menghiburkan hatiku yang lara. Hanya Allah yang tahu.

3. Bulan Ramadhan yang bakal tiba, Ahlan wasahlan ya Ramadhan al- mubarak. Pai merinduimu. sinarilah segala kepahitan yang menyelubungi jiwaku. Doakan pai lebih tabah.
Pasti hujan, pelangi dan matahari itu mewarnai hidupku.
Pai Syahira, teruskan tersenyum di sebalik tangisanmu.
:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...