Dec 11, 2012

kenangan lalu

Assalamualaikum :)

Hari ini Pai bertugas di Pusat Media Sukan Paralimpiad Malaysia XVI Pahang 2012 bermula 7 Disember 2012 hingga 14 Disember 2012 di Wisma Belia Indera Mahkota bersama rakan setugas Che Nor, Haji Shukri Zakaria, Ezzul dan Wan Orang kampung yang merupakan sahabat lama ketika bertugas di RTM Pahang. Walaupun sudah 7 bulan meninggalkan Jabatan Penyiaran, dan kini menjadi warga penerangan di Jabatan Penerangan Pahang, masih ramai yang merasakan Pai di RTM. hehe tak sangka diriku masih dikenang oleh mereka yang selalu mendengar celotehku. Tidak dilupakan pendengar dan peminat yang selalu menanyakan khabar. ( erkk cam tak percaya ader peminat :p )

Tak percaya?
Haha :) tak percaya tengok ni !

 
Ini pula fan page Pai Syahira PahangFM, masih ada lagi yang sentiasa mencari. Jadi sebagai tanda penghargaan , pai cuba memberi informasi terkini yang boleh dikongsikan :) hihi tq, sayang semua.
"Jaga diri , Jaga Iman"
 
 

Nov 26, 2012

Kasih Tak Kembali

Antara lagu kegemaran aku bila bermuram durja:) mendalam makna lirik lagu ni, kalau kawan-kawan ingat lagu ini ost Talentime. Versi klasik gitu. hihihi suara Atilia pun best. Sampai mengalir air mata bila nyanyi lagu ini. 



Menantikan dia kembali
Melamun hatiku sedih
Hati gelisah bermimpi
Memadukan Kasih

Kusampaikan ratapan jiwa
Dihembus sang angin lalu
Harapan ingin berjumpa
Menyampaikan Hasrat Rindu

Tapi hanayalah bayangan
Tak kunjungnya kembali lagi
Gelap suram pemandangan
Binasalah Diri

Remuk redam rasa hati
Tak Tertahan Menanggung Rindu
Kasih Tak Mungkin Kembali
Musnahlah harapanku... 

Oct 22, 2012

priority

assalamuaalaikum >.<

Raya dah nak dekat, makin rindu pada arwah ayah. anda yang ayahnya telah pergi pasti memahami kan. sesiapa yang terpilih menjadi jemaah haji, selamat menunaikan haji, moga beroleh haji mabrur.
dan orang Pahang pula, selamat bercuti sempena Hari Keputeraan KDYM Sultan Pahang 24 Oktober.

Hari ni nak kongsikan apa perasaan anda jika anda buka priority dalam hidup orang di sekelililng anda.
menjadi orang yang tidak didahulukan dalam kehidupan kekadang memang sadis. +__________ +
contoh tajuk novelnya "Aku diketepikan, mereka diutamakan ".


Pernah tak terfikir, siapa aku sebenarnya? atau mesti fikir aku ni last choice ke? alaaa atau mesti fikir aku ni mesti option kan, bukan priority kan.yer laa sape laa aku ni atau aku ni bukan sapa-sapa. hahhaa ini adalah sebahagian ketidakselesaan ^_^



Kadang -kadang mungkin kita rasa tersisih, diabaikan atau di ignore kan. Lagi-lagi bila anda dalam keadaan sangat memerlukan.  Apabila wujud keadaan sedemikian, mesti kita feel macam jauh hati kan?
Lepas tu mulaklah kita menjauhkan diri daripada semua insan. cheee wahhh, mula dah jiwang. Sindrom ini ada di mana- mana, dalam keluarga, pejabat , persahabatan dan kejiranan. Apabila rasa tidak diperlukan, kita akan mudah kecil hati dan sukar menerima persahabatan baru dan memendam serta bersendirian, yakni kera sumbang. HAHA


Sebenarnya manusia hidup saling bergantungan antara satu sama lain, mana boleh hidup sorang weh?? dan kadang-kadang kita rasa ramai di sekliling kita tapi dalam masa yang sama kita rasa lonely---> nyanyi lagu Akon sekarang **haha :p asyik sedih je. 

Sebagai rawatan asas, kita kena isikan rasa kosong ini dengan keimanan yang teguh dengan mendekatkan diri kepada Maha Esa supaya kita tidah jauh daripada lindungan dan kasih Nya.


Bukan seorang ustazah, tetapi tarbiyah diri. Jika orang tidak megutamakan kita, tidak mengapalah! Apa boleh buat, cuma berserah. kita jaga hati sendiri dan kuat kan semangat agar ada yang sudi meletakkan kita dalam keutamaannya. mungkin kita sentiasa ada untuk orang lain bila diperlukan, tapi bila kita susah, tiada yang muncul, maka itu normal. sebenarnya, pasti ada daripada pertolongan Allah akan ada bersama ketika diperlukan. Yakinlah. 

Dan sebagai manusia yang adil, perlu tentukan keutamaan dalam hidup kita sendiri, sebagai contoh.
no 1 Keluarga
no 2 Kerjaya
no 3 Kekayaan
no 4 Kawan

Hahaha, kawan last pulak :p itukan Contoh je. kesimpulan jika anda bukan keutamaan orang lain, maka utamakan kebahagiaan sendiri.

salam sayang, 

Pai.






Oct 1, 2012

Cukup Sudah


Lagu Melly Goeslow, sesuai dengan apa yang kurasa kini.
CUKUP SUDAH
Ku pejamkan mata ini
Dan beku rasakan
Sekilas kaulah di hatiku
Meratapi cinta yang hilang
Cukup sudah ku berlari mencari mau ku 
Kini saatnya ku berhenti
Cintaku telah hadir di sini
Ku yakin semua kan berlalu...

Seumpama kau ada
Hati dan jiwaku terhibur
Mekar lamun akan berakhir
Keyakinanku belum pasti
Biarlah ku temukan
Kepingan hatiku yang hilang
Semua bisa merasakannya
Bahwa dia mencintaku
Cukup sudah kesedihan merebut hariku
Hentikan sesak di dadaku
Lepaskan aku demi cinta
Ku yakin semuakan berlalu...

Jul 3, 2012

Ujian: Penyakit Mistik

Assalamualaikum semua :)
semoga semuanya ceria dalam kehidupan anda.

tentang Pai, Alhamdulillah..... pai masih tersenyum menghadapi kehidupan ini. Walau pelbagai onak duri terpaksa ditempuhi. Banyak dugaan sebelum dan selepas berkahwin, namun pai tetap pasrah. Mungkin ramai yang tahu Pai menghidap penyakit mistik yang pelik sangat sejak Mac lalu, nak kata busung pun tidak sebenarnya, perutku membesar 15 kg dan 13 inci. ada waktu perutnya kempis dan ada ketika perut ini keras seperti batu. Derita penyakit ini, malu serta tidak dapat mendirikan solat dengan sempurna sebab kena solat duduk. Malu pula bila orang ingat kita mengandung 9 bulan sedangkan baru sahaja bernikah.,yang pasti ini bukanlah penyakit Medical :) kerana pai sudahpun membuat rawatan di hospital. Dan terbukti Doktor mengesahkan Pai sihat. Alhamdulillah, tiada penyakit medical dan kini terbukti penyakit bukan saintifik.


Melalui fasa kehidupan sebagai isteri selepas kahwin memang mencabar, tambahan pula pai dalam keadaan uzur. Sokongan Suami, ibu, keluarga dan kawan- kawan amatlah diperlukan ketika ini. Saat sakit ini, hanya mampu berserah kerana semuanya terganggu termasuk emosi, ekonomi, perhubungan dan kerjaya. Jadi beristigfar dan mampu bertahan "Hanya Allah yang tahu penderitaanku" dan "Selamatkanlah dan peliharakanlah rumahtanggaku, moga jodoh kami panjang. Aamiin"

Walaupun begitu, aku beryukur dengan penyakit ini kerana, mungkin ini dapat mengampun dosaku, dapat membuatku untuk menghargai siapa di sekeliling ku, dan paling penting aku dapat mengharungi ujian ini. Di sebalik penderitaan, tentu ada bahagia. Alhamdulillah, Pai mendapat jawatan tetap penjawat awam sebai Penolong Pegawai Penerangan S27 di Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dan meninggalkan jawatanku dahulu Penerbit Rancangan di RTM Pahang. Allah menguji Hambanya yang terpilih. dan kawan-kawan kena percaya rezeki kahwin itu ada. hihi, walaupun banyak ujian, Allah tetap memberikan pelangi buat ku, minta-minta selepas ini rezeki anak pula. Siapa tahu, kan? 


Alhamdulillah untuk semua yang menimpa diriku. Pai tetap bersyukur dan percaya semuanya ada hikmah di sebalik kejadian ini.
Buat yang menyokong dan mendoakan Pai, terima kasih, semoga Allah memberikan kebaikan kepada anda.  Buat yang mengeji pun terima kasih, semioga beroleh Hidayah Nya.. Buat sang suami,keluarga dan sahabat, terima kasih kerana sabar dan terima Pai Syahira seadanya :)

*memandangkan perut Pai besar, boleh pakai baju mengandungkan? ini bukan meroyan. hihi

Jun 27, 2012

Nikah

Assalamulaikum kawan-kawan, semoga semuanya dalam lindungan Maha Pencipta.

rindu nak 'mengupdate' perkembangan Pai. Sangat super duper buzy sampai tak berkesempatan berkongsi bersama anda.



Yang selamat mendirikan rumah tangga, tahniah diucapkan. Buat yang bakal, bersedialah untuk membina mahligai bersama pasangan. Dan paling penting tanggungjawab yang bakal digalas.



Sebelum menidirikan masjid, persiapan diri dari segi fizikal, mental, dan ekonomi yeah! jangan lupa ikutlah adat,  bertunang sekejap pun jadi kan..Pai bertunang 10 September 2011, empat bulan je darah manis :p



Pai pun dah selamat menjadi permaisuri kepada Muhammad Amin Abu Bakar pada 21 Januari 2012. kenduri di pihak lelaki pada 23 januari 2012. hihi :) kami sebaya, 27 tahun. berkat doa dan restu keluaga, kami bernikah di Sultan Ahmad Shah, dan kenduri diadakan di Dewan Jaip pada hari yang sama. kini Dewan Jaip dikenali sebagai Dewan SUK.






 Alhamdulillah ramai tetamu dan sanak- saudara membanjiri majlis kami. Syukur semua selesai, dan selepas majlis kami berkongsikan kegembiraan bersama waga Rumah Kanak- kanak tengku Ampuan Fatimah, Kuantan. Berposing sakan kami bersama adik- adik.


Ini pula sesi out door di Pantai Teluk Sisek. semua gambar hasil nukilan encik photographer




ini kad kahwin kami, amcam ?
sempoi :D





sekarang boleh panggil saya Puan Pai Syahira.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...