Jan 12, 2010

senyuman pai


kita kena senyum kan walau ape pun benda busuk muncul dalam hidup kita?
hee benci betul, tapi kena juga terima.terlalu wangi kadang-kadang tidak bagus untuk kita juga. sebab terlalu wangi pun boleh jadi busuk.

hidup ini satu pergolakan dan pertaruhan. hihi

kena redha dan sentiasa bersyukur :)

alhamdulillah.

Dec 28, 2009

majlis risik vs singapore idol

10 Muharam

majlis risik sepupuku, nabila awaludin bertembung pula dengan grand finale singapore idol di mana finalist nya serzairi n slyvia.. di awal pertandingan ana mengjangkakan si slyvia akan memangangi pertandingan tersebut, namun bila tgk persembahan akhir semalam.. ana menyokong sezairi.. kata ayah teh " kena sokong bangsa kita sendiri.." betul2.. yang lebih hangat adalah rombongan merisik ila berlangsung.. hehe semua mata dk fokus SI, dan ayah teh mengawal remote control.. hehe nak juga dengar persembahan walapun besan bertandang. buat en sezairi..congrats, sila kembangkan bakat anda dan jgn beri cnth seperti aliff aziz!!

memang kelakar tengok gelagat kami sekeluarga.. semuanya duk kusyuk layan SI, yang bakal bsan di meja mkan menjamu selera.hahaha.. kami on saje..malam itu kelaurga kami berkumpul meraikan hari bahagia ila dan sambulan 7 kelahiran December.. seronok2.. namun ada duka, pabila memilih gembira bersama keluarga, aku telah lukakan hati sahabatku, yeen.maafkan aku, apakan daya, jasadku hanya satu.

buat Ila, ni pantun merisik istimewa buat kamu.

Kalau melancong ke Cameran Highlands,
jangan lupa beli buah strawberi,
Kita berkumbpul di bandarWoodlands,
Apa hajat rombangan tuan ke mari?

hihihi :) ni soalan untuk ayah Halil..

Ayah teh menanam keladi bunting
Lalu pokok disiram air perigi,
Nabila Awal belum lagi disunting,
Sememangnya Halil bertakhta di hati!

Amcam? tu risikan Halil diterima tau...

Mak Teh mmasak gulai dan rendang,
Hidangkan bersama sirap selasih,
Lauk pauk enak sudah terhidang,
Mari bersantap tanda terima kasih :)

Moh laa makan yea...lauk best tu..

ps :pic kemudian2 upload k..

Dec 9, 2009

result part 6

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
BAHAGIAN HAL EHWAL AKADEMIK
40450 SHAH ALAM, SELANGOR D.E.
Announcement
  1. Keputusan Penuh Peperiksaan untuk semua pelajar-pelajar akan dipaparkan pada 10 Disember 2009 jam 10:00 malam.

  2. Keputusan Peperiksaan yang dipaparkan hanyalah sah untuk pelajar-pelajar Asasi sahaja..! 13 November 2009
Nota: Jika anda adalah pelajar Asasi Undang-Undang UiTM (PI005/PI006) dan mendapat keputusan TAMAT Pengajian, sila buat permohonan kemasukan ke Program Ijazah Sesi Disember 2009 melalui Portal Pelajar "Application for Continuation of Studies"

hehe memang meninggel ni.. bederau n berdebar.. apelah hasilnye yea.. Ya Allah permudahkan la urusan hambamu ini..

Nov 23, 2009

poksu's wed


kepak2 kebung2 kepak2 kebung! " slmt pengantin baru,poksu "



my poksu
buat my poksu or caca zaini.. tanhiah. pai gembira poksu bertemu jodoh.semoga maksu leh jaga paksu. ape yang pai nak share ialah pengalaman mengurus perkahwinan poksu.. pendek kata leh jadi weding planner.hiihi.. dari pengesahan perkahwinan sampailaa pakaian pengantik,semua pai yang settle down kan.. tanpa upah tapi memberi ingatan mesra kepada poksu bahawa bila turn anak buahnya ini, dia kena gonyoh periuk besar.. poksu kate.."takde hal" so..nnt jgn tak basuh periuk kenduri pai tau :)

pilih baju kawin poksu, bukan ana punya.
anak2 poksu merangkap cousin ana
hehe baju pengantin poksu owh, merah mak ngah gitu.hehe memang hot. hensem poksu! cayaaala.. umi kelihat happy melihat adik bongsunye bahagia. pai lak cam biasa jadi tukang sibuk.hihi. bab hantaran ummi yang wat. tapi bab pejabat agama, pai la yang ke hulu ke hilir. 4 hari memang penat, mane taknya.. dari pekan, chini dan ke raub.. tawaf negeri pahang!memang anak jati. nasib baik cuti, maka boleh laa melayan.seronok gak balik raub siap pergi kebun lagi.amik buah langsat.
ummi seronok dapat adik ipar

aper yang menarik tentang perkahwinan poksu ni, mendapat restu dan sokongan daripada ank2nye yakni counsin2 pai la. dan paling menyentuh perasaan, posu menempuh pelbagai onak dan duri untuk mengahwini moksu, sebelum ni pai diberitahu bahawa moksu sakit buah pinggang dan terlantar di hospital dalm icu selama 2 minggu. poksu la yang menjaganya dan selepas keluar wad mereka mengambil keputusan untuk berkahwin. ramai yang menetang tapi poksu memang hero pakistan :p hehe yela sanggup menerima moksu seadanya. moksu mengidap buah pinggang yang agk kronik dan terpaksa proses hemodalis 3 kali seminggu. tapi dia sangat sabar. wa tabik poksu!! semoga perkahwinan kekal ke akhir hayat.

ini afnan :)

walaupun penat jd organizer, tapi seronok gak berjalan sampai ke raub selain pegi uruskan hal poksu. raub tempat sinonim bagi hehe kes mona fandey.penah ikut arwah dadaji dulu.behind the scene trip to raub untuk uruskan perkahwinan poksu.. ana sempat singgah ke sekolah anak buah amin, afnan namanya.poksu dan poksu punpegi gak. hehe.antara skolah elit di pahang.SEMESTA. tempat adik kesayanganku menimba ilmu dahulu. arwah abah pun sempat melawat izuan di sana. melihat afnan, terpacar kesungguhan budak ini untuk berjaya. nampak pelajar berwawasan. general knowledge pun ok.insya Allah bakal menjadi orang berguna :) apepun pandai ana goreng pakguard.hehe dia ingat makcik afnan orang arab.agagagaga.. ternyata afnan pun sndang menilau mencari dan menunggu kehadiran ku. mesti laa happy ader orang lawat dia. sama seperti adikku kalau kakak datang lawat hostel dia.. ana kenal afnan berdasarkan cerita paksunya or do. katenye anak buahnya pandai.best of luck k. hehehe cucu sulung tok ki abu bakar n tok wan rafiah nesti bole kan.. hehee

astro oasis

:) ni projek akhir semester 6 bersama sahabat :) yang dikasihi. yang akrab denganku.yang sentiasa membantu ana.mendengar rintihan. umur berbeza tapi rasanya perangai pai lagi kebudak2an,hehe.
di kesempatan ini. pai nak ucap terima kasih kepada kalian.
JUN LIZA NANA CAK
kalian sahabat dan adik yang baik.bersyukur dapat kawan gini sebenarnya. mereka terima pai seadanya. walaupun banyak kelemahan di pihakku, mereka redha jep.hehe. semoga persahabatan kekal abadi,kalian diberkati, dan dirahmati. aamin :) anyway, thanks to astro oasis..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...