Aug 10, 2008

Lepaskan Nostalgia Klasik

Derita dan tertekan
untuk melepaskan sesuatu

Namun tidak diperlepaskan

Jika dilepaskan pasti kemuncak kepuasan

Lepaskan saj
a apa yang terbuku
Agar aku pinggirkan derita


Derita berhentilah memburuku

Lesapkan saja nostalgia

Agar aku bahagia

Bersama nur baru.


walau derita itu unik,

Aku berhak bahagia

Aku ingin lepaskan semua!

Garisan hidup

Garisan hidup terpatri
Mangalun takdir qada dan qadar
Atas kesungguhan diri
pasti Allah janjikan sesuatu!
tiada yang akan berubah,
melainkan kesungguhan diri
dan atas redha Allah.



Ana percaya.Allah sayang ana.

Berontak

Kasih?
Benci?
Rindu?
Sayang?
Cinta?

Kepada siapa?
Semua itu spastik dan drastik.
Cinta saja pada Yang Maha Esa
itulah resepi Iman menyuluhui jiwa.

Jelmaan

Apabila pelangi beralun
redup menyinari teratai qudus

Mungkin bahagia menjelma
Ana kaget seketika

Kerna..
Bahagia itu hanya jelmaan!

Pedih

kelam timbunan persoalan
hanyut deras duka
kerinduan lantunan jauh
kesepianlantas hilang
takut akan kesedihan
runsing akan kekalahan
pedih mengguris kalbu

Teratai terus layu..

Aug 9, 2008

Pengorbanan

Kekadang kita perlu berkorban untuk melihat orang yang kita sayang gembira.


Dan nescaya kita akan menumpang bahagia dan gembira selepas melihat orang tersayang gembira dengan sedikit pengorbanan kita. apalah sangat nak dengan rasa malu berbanding dengan senyuman adik ana. at least dia menambahkan kayakinan ana yang selalu merendahkan diri. hee.. berkat sokongan bibi, ana akan cuba buatkan dia bahagia dengan cara ana.Bibi permata hati keluarga. dia juga penyeri hati ana!
Allah selalu ada. senyuman ana nadi jiwa.pengorbanan ini khas buat adik perempuan bongsu ana. ana turuti permntaan adik bongsu ana yang sedang sakit untuk menyertai pencarian gadis melayu Tv9.
walaupun ana tahu ana tidak layak, namun demi kasih sayang dan harapan menggung dari bibi syarina..ana turutin jua.


rasa kekok semasa sesi fotofgrafi dan ujibakat, tapi ana terus melangkah dengan jujur dan tabah :)


pose ini buat adik paisyahira, Bibi Syarina. kakak sayang adik. Moga adik cepat sembuh, aamin.

Aug 8, 2008

Longlai

ana tak maihir menulis blog..tapi hari ini ana rase gundah gulana. memikirkan kehidupan ana pada saat ini. hidup ini tak seendah yang kita bayangkan. ana tak ingin mengalah kepada dunia, tapi tersembam ditimbuni kegelisahan.
kekadang kita rase diatas dan kekeadang kita dibawah. dan yang pasti tatkala kita dibebani masalah, kita rasakan hanya hanya kita sahaja yang ada masalah sedangkan orang lain jua ada masalah.itulah masalah ana.. ana rasa kusut dan longlai setiap kali diduga.
berpantang maut sebelum ajal namun ana sudah berundur sebelum bertempur di gelanggang jihad.
longlai,
pai syahira
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...