Dec 11, 2012

kenangan lalu

Assalamualaikum :)

Hari ini Pai bertugas di Pusat Media Sukan Paralimpiad Malaysia XVI Pahang 2012 bermula 7 Disember 2012 hingga 14 Disember 2012 di Wisma Belia Indera Mahkota bersama rakan setugas Che Nor, Haji Shukri Zakaria, Ezzul dan Wan Orang kampung yang merupakan sahabat lama ketika bertugas di RTM Pahang. Walaupun sudah 7 bulan meninggalkan Jabatan Penyiaran, dan kini menjadi warga penerangan di Jabatan Penerangan Pahang, masih ramai yang merasakan Pai di RTM. hehe tak sangka diriku masih dikenang oleh mereka yang selalu mendengar celotehku. Tidak dilupakan pendengar dan peminat yang selalu menanyakan khabar. ( erkk cam tak percaya ader peminat :p )

Tak percaya?
Haha :) tak percaya tengok ni !

 
Ini pula fan page Pai Syahira PahangFM, masih ada lagi yang sentiasa mencari. Jadi sebagai tanda penghargaan , pai cuba memberi informasi terkini yang boleh dikongsikan :) hihi tq, sayang semua.
"Jaga diri , Jaga Iman"
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...