Jun 27, 2012

Nikah

Assalamulaikum kawan-kawan, semoga semuanya dalam lindungan Maha Pencipta.

rindu nak 'mengupdate' perkembangan Pai. Sangat super duper buzy sampai tak berkesempatan berkongsi bersama anda.



Yang selamat mendirikan rumah tangga, tahniah diucapkan. Buat yang bakal, bersedialah untuk membina mahligai bersama pasangan. Dan paling penting tanggungjawab yang bakal digalas.



Sebelum menidirikan masjid, persiapan diri dari segi fizikal, mental, dan ekonomi yeah! jangan lupa ikutlah adat,  bertunang sekejap pun jadi kan..Pai bertunang 10 September 2011, empat bulan je darah manis :p



Pai pun dah selamat menjadi permaisuri kepada Muhammad Amin Abu Bakar pada 21 Januari 2012. kenduri di pihak lelaki pada 23 januari 2012. hihi :) kami sebaya, 27 tahun. berkat doa dan restu keluaga, kami bernikah di Sultan Ahmad Shah, dan kenduri diadakan di Dewan Jaip pada hari yang sama. kini Dewan Jaip dikenali sebagai Dewan SUK.






 Alhamdulillah ramai tetamu dan sanak- saudara membanjiri majlis kami. Syukur semua selesai, dan selepas majlis kami berkongsikan kegembiraan bersama waga Rumah Kanak- kanak tengku Ampuan Fatimah, Kuantan. Berposing sakan kami bersama adik- adik.


Ini pula sesi out door di Pantai Teluk Sisek. semua gambar hasil nukilan encik photographer




ini kad kahwin kami, amcam ?
sempoi :D





sekarang boleh panggil saya Puan Pai Syahira.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...