Nov 9, 2008

Teater Angin

ana ingin berkongsi pengalaman ana tentang teater angin oleh kanak2 SMK seri mahkota sempena festival Kanak-kanak di Taman Budaya, Kuantan.

Ana bertuah kerana dapat menyaksikan pertujukan teater ini. tidak terlintas ana dapat join sekali. nasib baik, encik fathan ( petugas di RKK ) mengajak ana bersama adik2 di sana mengikuti pertujukan itu. seramai 40 orang adik2, en amy, en fathan dan ana.hihi bukan main seronok lagi. tersengih dan tergelak semasa pertujukan tersebut.

apa tak nya.. cerita itu ringkas namun membawa pengertian yang dalam. tajuk yang ringkas; ANGIN..banyak pengajaran yang ana dapat.. antaranya.. manusia ini ibaran lalang, talam 2 muka dan dan serampang 2 mata.. seramai 9 orang pelakon teater yang terdiri daripada remaja dan kanak2.. best2..nasib baik ana berjiwa sastera sket :)

teater ini mengisahkan tentang angin,awan, matahari, ribut, hujan dan manusia.ciptaan Tuhan ini memeng unik dan ada kelibaihan masing. manakala manusia pula cenderung memilih apa sahaja demi kepentingan diri sendiri. sikap manusia yang tidak berprinsip dan hipokrit. em sedikit sebanyak mengajar ana..

Angin: watak utama.merasakan dirinya diperlukan oleh semua. siang dan malam.namun dibidas bila dikatakan diringan khabar angin dan fungsi dianil alih oleh penghawa dingin.ada bapa saudara dan kerabat; ribut, puting beling dan taufan..

matahari : merasakan dirinya terbesar dan terpenting. dibidas oleh semua kerana mengakibatkan kemarau dan panas.

Awan : watak tergagap2 dan unik kerana bersederhana.. memerhati setiap masa siang dan malam, mendapat sokongan dari hujan..

Hujan : watak gemalai dan besetongkol dengan awan, ribut,dan angin..manusia memanggil hujan bila kemarau.. dibidas kerana mengakibatkan banjir

Ribut : wujud di plot akhir meniupkan semua manusia dan menyebabkan kemusnahan harta benda.


ape yg pasti ciptaan Tuhan ini membawa pelbagai kemudahan buat manusia. tatkala Allah menimpakan musibah kepada manusia supaya mereka berfikir di sebalik kejadian tertentu. Masya Allah.. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa :)

syukran buat encik fathan dan adik2.. ana berasa seronok sekali. ini pengalaman yang menarik. seronok dapat berkongsi kasih sayang di saat2 akhir ini. sampai di rumah ana tersenyum memandang awan dan menghidu deruan angin. teringat pula kata2 encik fathan;
" kenapa muka pai nampak berseri2? adakah kerana ayat2 cinta?"
ana tersenyum dan berlalu. mungkin dia nampak ana tersenyum tapi sebenarnya tersiratnya terlukis hiba dan duka di hati ana~ hihi yang pasti ana da bole senyum.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...