Jul 3, 2012

Ujian: Penyakit Mistik

Assalamualaikum semua :)
semoga semuanya ceria dalam kehidupan anda.

tentang Pai, Alhamdulillah..... pai masih tersenyum menghadapi kehidupan ini. Walau pelbagai onak duri terpaksa ditempuhi. Banyak dugaan sebelum dan selepas berkahwin, namun pai tetap pasrah. Mungkin ramai yang tahu Pai menghidap penyakit mistik yang pelik sangat sejak Mac lalu, nak kata busung pun tidak sebenarnya, perutku membesar 15 kg dan 13 inci. ada waktu perutnya kempis dan ada ketika perut ini keras seperti batu. Derita penyakit ini, malu serta tidak dapat mendirikan solat dengan sempurna sebab kena solat duduk. Malu pula bila orang ingat kita mengandung 9 bulan sedangkan baru sahaja bernikah.,yang pasti ini bukanlah penyakit Medical :) kerana pai sudahpun membuat rawatan di hospital. Dan terbukti Doktor mengesahkan Pai sihat. Alhamdulillah, tiada penyakit medical dan kini terbukti penyakit bukan saintifik.


Melalui fasa kehidupan sebagai isteri selepas kahwin memang mencabar, tambahan pula pai dalam keadaan uzur. Sokongan Suami, ibu, keluarga dan kawan- kawan amatlah diperlukan ketika ini. Saat sakit ini, hanya mampu berserah kerana semuanya terganggu termasuk emosi, ekonomi, perhubungan dan kerjaya. Jadi beristigfar dan mampu bertahan "Hanya Allah yang tahu penderitaanku" dan "Selamatkanlah dan peliharakanlah rumahtanggaku, moga jodoh kami panjang. Aamiin"

Walaupun begitu, aku beryukur dengan penyakit ini kerana, mungkin ini dapat mengampun dosaku, dapat membuatku untuk menghargai siapa di sekeliling ku, dan paling penting aku dapat mengharungi ujian ini. Di sebalik penderitaan, tentu ada bahagia. Alhamdulillah, Pai mendapat jawatan tetap penjawat awam sebai Penolong Pegawai Penerangan S27 di Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dan meninggalkan jawatanku dahulu Penerbit Rancangan di RTM Pahang. Allah menguji Hambanya yang terpilih. dan kawan-kawan kena percaya rezeki kahwin itu ada. hihi, walaupun banyak ujian, Allah tetap memberikan pelangi buat ku, minta-minta selepas ini rezeki anak pula. Siapa tahu, kan? 


Alhamdulillah untuk semua yang menimpa diriku. Pai tetap bersyukur dan percaya semuanya ada hikmah di sebalik kejadian ini.
Buat yang menyokong dan mendoakan Pai, terima kasih, semoga Allah memberikan kebaikan kepada anda.  Buat yang mengeji pun terima kasih, semioga beroleh Hidayah Nya.. Buat sang suami,keluarga dan sahabat, terima kasih kerana sabar dan terima Pai Syahira seadanya :)

*memandangkan perut Pai besar, boleh pakai baju mengandungkan? ini bukan meroyan. hihi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...