Aug 23, 2011

bukan hebat

Assalamualaikum.

persoalan yang bermain di minda.

Hebatkah aku ?

Maaf kepada yang belum mengenali diriku yang kerdil ini.
Sungguh, belum secalit lagi ada perasaan mengatakan aku adalah orang yang hebat.
Jika itu ada, maknanya aku tergolong dalam golongan orang riak.

Aku belum hebat, dan tidak akan hebat.
Jika aku hebat, masakan aku mendapat layanan begini ?
Tapi Pai tetap bersyukur, ini cuma layanan dunia.

Dari dulu hingga kini, ini jawapanku.
Hebat itu kalian, bukan Pai.

sebab,
" Pai orang biasa- biasa"

Aug 5, 2011

semangat dan jariah

Assalamualaikum. sudah pulih daripada fasa kedukaan.


hari pertama ke pejabat selepas bercuti seminggu. menenangkan diri daripada berfikir lebih teruk. terima kasih atas sokongan keluarga, 2 bonda ku. dan kawan- kawan * ayu, abg bent, kak suri, rose, yeen, diyana, shifa, mama yeen juga * hikmah yang tersembunyi adalah, Allah tetap menyayangi hambaNya, termasuk aku.

kedua, kejadian ini membuktikan aku tidak salah memilihmu. cinta dan kasih sayangmu semakin mekar. terima kasih layanan baikmu. terima kasih keprihatinanu. kau teman, kau kawan. kalau aku di tempatmu, sudah tentu tawar hati, tapi aku semakin pelik dengan cintamu. hebat ;) kau terus menyokongku untuk kembali bersemangat beraksi di konti.

ini baju Koprat RTM Pahang Pai Syahira


yeay, ku melangkah bersemangat ke ofis RTM Pahang. hari ini ku digalaskan tugas sebagai pengacara Majlis Tazkirah Ramadhan. seronok dalam majlis perkongsian ilmu. tips utama adalah betulkan kaedah pemakanan yang sihat. * jangan minum air dan makan serentak ok. pahala dapat, badan pun sihat.

dan palinggggggggggggggggggg seronok, aku dapat berkongsi dengan rakan sekerja di ofis, tentang kutipan derma projek Muqaddam untuk Kemboja. Sambutan baik oleh rata-rata yang menderma. Termasuk pengarah jabatan dan ketua bahagian rancangan. terima kasih atas kepercayaan dan amal sedekah anda semua, hanya Allah yang balas. terima kasih kakitangan RTM yang menyokong program penghantaran muqaddam ini. terima kasih juga kawan-kawan, Haneem yang bank in duit derm anda. syukaran jazilan.

Projek Muqaddam untuk Kemboja
cuma RM 5 bagi senaskah Muqaddam


*Derma RM 5 senaskah ini dapat membantu umat dan kanak-kanak Islam di Kemboja untuk membeli Iqra' dan bahan bacaan. dan sekiranya tidak mahu menderma, tidak mengapa kerana derma itu bukan paksaan tetapi janganlah memandang rendah kepada mereka yang mengutip derma dengan memfitnah golongan penjihad ini pergi bercuti semata-mata ke Kemboja. tak baik yea. aku pun tidak mampu ke Kemboja untuk berjuang, tetapi niat dan perjuangan di sini sudah memadai. fii sabilillah ;)

idaman kalbu

Assalamulaikum
bertamu di kalbu lagi. isinya tidak sehebat mana, tapi nak rakamkan rasa kesyahduan ini.

kata orang perempuan itu materialistik. tidak semestinya, aku juga perempuan. aku sukakan sesuatu yang unik. tidak kira apa jenis.kadang-kadang bila kita suarakan apa yang kita suka, belum tentu apa yang kita suka itu menjadi hak mutlak kita. maklumlah kata arwah aboh aku,jangan terima pemberian barang daripada lelaki. jangan terhutang budi dengan lelaki, nanti tersepit.- itu pesan aboh. ingat lah ;)

kata orang yang sedang bercinta, si arjuna sanggup berkorban apa sahaja asalkan si dara gembira. pada mulanya tidak percaya mitos itu. biarlah apa yang bakal orang kata seperti kita selok sangat, tapi aku gembira bila dia menghadiahkan bag tangan idaman itu.

itu sang teruna ;)


hee; straight to the point. aku sangat minat handbag itu. tapi aku tak mampu milikinya. dah 4 kali aku cuma melihat dan tersenyum puas apabila melihat barang itu. dan hari ini, sesorang telah membelinya untuk aku.

beg ini chantek di mata rabun ku

ini bahagian dalam, walaupun kecil tapi muat barang asas =)


kekok hatiku untuk menerima, dan tak terduga pemuda itu serius membayar harga yang tertera di tag itu.

yeehaa, Alhamdulillah. ada ubat di sebalik kemuraman itu :p

bling-bling bernilai rat ;p


* pernah tak tengok seorang gadis yang nak melompat kegirangan mendapat sesuatu yang diidam-idamkan, tapi berpura-pura cover macam hati kering.
uiks itu Pai syahira.

sampai di rumah, akhirnya aku tersengih di hadapan cermin. sukanya , terima kasih awak ;)
sayang awak lebih sikit daipada biasa.
:D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...