Aug 5, 2011

semangat dan jariah

Assalamualaikum. sudah pulih daripada fasa kedukaan.


hari pertama ke pejabat selepas bercuti seminggu. menenangkan diri daripada berfikir lebih teruk. terima kasih atas sokongan keluarga, 2 bonda ku. dan kawan- kawan * ayu, abg bent, kak suri, rose, yeen, diyana, shifa, mama yeen juga * hikmah yang tersembunyi adalah, Allah tetap menyayangi hambaNya, termasuk aku.

kedua, kejadian ini membuktikan aku tidak salah memilihmu. cinta dan kasih sayangmu semakin mekar. terima kasih layanan baikmu. terima kasih keprihatinanu. kau teman, kau kawan. kalau aku di tempatmu, sudah tentu tawar hati, tapi aku semakin pelik dengan cintamu. hebat ;) kau terus menyokongku untuk kembali bersemangat beraksi di konti.

ini baju Koprat RTM Pahang Pai Syahira


yeay, ku melangkah bersemangat ke ofis RTM Pahang. hari ini ku digalaskan tugas sebagai pengacara Majlis Tazkirah Ramadhan. seronok dalam majlis perkongsian ilmu. tips utama adalah betulkan kaedah pemakanan yang sihat. * jangan minum air dan makan serentak ok. pahala dapat, badan pun sihat.

dan palinggggggggggggggggggg seronok, aku dapat berkongsi dengan rakan sekerja di ofis, tentang kutipan derma projek Muqaddam untuk Kemboja. Sambutan baik oleh rata-rata yang menderma. Termasuk pengarah jabatan dan ketua bahagian rancangan. terima kasih atas kepercayaan dan amal sedekah anda semua, hanya Allah yang balas. terima kasih kakitangan RTM yang menyokong program penghantaran muqaddam ini. terima kasih juga kawan-kawan, Haneem yang bank in duit derm anda. syukaran jazilan.

Projek Muqaddam untuk Kemboja
cuma RM 5 bagi senaskah Muqaddam


*Derma RM 5 senaskah ini dapat membantu umat dan kanak-kanak Islam di Kemboja untuk membeli Iqra' dan bahan bacaan. dan sekiranya tidak mahu menderma, tidak mengapa kerana derma itu bukan paksaan tetapi janganlah memandang rendah kepada mereka yang mengutip derma dengan memfitnah golongan penjihad ini pergi bercuti semata-mata ke Kemboja. tak baik yea. aku pun tidak mampu ke Kemboja untuk berjuang, tetapi niat dan perjuangan di sini sudah memadai. fii sabilillah ;)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...