Oct 31, 2008

PURDAH : purfurdahfah

" Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu,
jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu "





Purdah Antara perbandingan hukum.


Oleh : Dr Yusuf Qardhawi

Ulama ada berpendapat wajib dan ada juga yang berpendapat harus. Kadangkala ketidakmampuan kita menguasai al quran dan as sunah terpaksa merujuk kepada tulisan ulama'. Maka ada yang berpendapat wajib dan juga harus. Penilaian kita selaku golongan muttabi', iaitu golongan yang mengikut dalil, bukan individu tertentu seperti muqallid.

Ada dua pendapat; pertama menyatakan bahawa purdah ini adalah satu rekaan yang dimasukkan ke dalam Islam. Bagi mereka purdah ini adalah bid'ah, iaitu setiap perkara yang tidak datang dari Allah dan Rasul SAW. Berlawanan dengan pendapat ini, ada yang mengatakan sesungguhnya purdah adalah dari Islam sendiri. Mwnutup muka adalah kewajipan agama yang tidak harus dianggap sambil lewa. Jangan kita musykil, saya akan terus perbahaskan benda furuk ini. Yang penting, metodologi kita bersumberkan Al Quran dan As Sunah. Mengimbangi antara nas yang cabang dan maqasid kulli, tujuan syarak yang menyeluruh. Kita harus berfikiran lapang dalam menerima dan melihat dalil setiap ulama'.

Ulama secara asas, berpendapat masalah ini merupakan masalah khilafiah, menimbulkan keraguan dan pertikaian yang tidak mempunyai nas yang tepat. Ulama' berselisih dari zaman silam hingga ke hari ini.

Asal masalah adalah dari Firman Allah yang bermaksud " Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya" Surah An Nur.

Diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud, yang dikatakan dengan perkataan 'ma zahara minha' ialah pakaian dan tudung. Sebelum itu, jilbab menurut bahasa arab ada 3 pengertian:

1. baju yang menutup seluruh tubuh.
2. pakaian perempuan bahagian luar jika dipakai 2 lapis.
3. tudung yang dipakai oleh perempuan.
(lihat mu'jam asasi arab)

Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas menafsirkan 'ma zahara minha' dengan makna celak dan cincin. Ibnu Abbas juga mengatakan bahawa bahagian muka dan tapak tangan. Begitu juga dengan riwayat Aisyah dan Anas b Malik berpendapat begitu.

Mereka juga berselisih dengan pendapat apa yang dikehendaki 'melabuhkan pakaian' sebagaimana dalam surah ahzab ayat 59. Apa yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas adalah berlawanan berkenaan dengan penafsiran ayat 'ma zahara minha' tadi. Beliau menafsirkan bahawa maksud melabuhkan pakaian adalah dengan praktikal, iaitu menutup muka dan kepala dan mendedahkan mata kiri!

Ikrimah menyanggah pendapat ini. Beliau menyatakan maksud adalah menutup bahagian lekuk dibahagian atas dada, tempat dimana rantai dipakai dengan tudungnya dan melabuhkan sehingga menutup bahagian lekuk tersebut.

Said b Jubair menyatakan tidak harus bagi wanita Islam dilihat oleh lelaki asing melainkan ia memakai tudung kepala yang disertai dengan kain penutup muka, purdah.

Antara ulama' yang bersependapat muka dan tangan bukan aurat dan tidak wajib menutupnya adalah Dr, Yusuf Qhardawi, Syeikh Nasirudin Al Bani, kebanyakan ulama di Universiti Al Azhar dan ulama' kebanyakan tempat.

Ulama Arab saudi dan sebahagian negara teluk tidak sependapat dengan pendapat di atas (wajib menutup muka) antaranya Syeikh Abd Aziz b Baaz. Juga ulama dari Pakistan yang terkenal, Ustaz Abu Al A'la Al Maududi serta Prof Dr, Muhamad Said Ramadhan Al Buuti. Juag terdapat risalah yang dan fatwa dikeluarkan dari masa ke semasa yang menentang dan menyebut keaiban mendedahkan muka. Mereka menyeru memakai purdah dengan nama iman dan agama.

Maka apabila seseorang perempuan mengambil pendapat ini, serta mewajibkan dikalangan mereka menutup muka, maka bagaimana kita mahukan wajib beramal dengan pendapat lain yang dianggap silap(tidak wajib menutup muka) sedangkan kita mengetahui perkara ini merupakan khilafiah. Mereka menghukum golongan yang tidak beramal dengan pendapat lain sebagai berdosa dan fasik sedangkan ia adalah perkara furuk! Menjadi kewajipan kita adalah bersikap berhati-hati dalam perkara agama dan apakah elok jika seseorang mempertikaikan pendapat lain sedangkan ia bukannya perkara usul. Lainlah jika seseorang tidak memakai tudung, itulah yang sepatutnya ditentang!

Tiada ulama mengatakan memakai purdah adalah haram, maka harus seseorang memakainya tanpa ada prasangka buruk ke atas individu tersebut. Menjadi hak seseorang untuk memakai purdah atau sebaliknya. Memakai purdah tidak melanggar kewajipan dan tidak memudaratkan orang lain. Adakah kita menyebut kesalahan mereka yang memakai purdah sedangkan terdapat sekeliling kita yang tidak menutup aurat? Sedangkan kita mengetahui bahawa menampakkan tubuh badan, tidak menutup selain muka dan tapak tangan adalah pengharaman secara ijmak menurut syariat.

Adakah purdah wajib?

Perselisihan ini memang tidak dinafikan wujud. Kadangkala bersikap syadid dalam perkara agama menjadi keruncingan perselisihan. Tetapi secara mudah, kenapa kita mempertikaikan orang yang memaki purdah, kita mengata sedangkan ia adalah khilafiah dan hak individu, maka mungkin kita mendapat dosa. Tetapi jika kita menegur orang tidak memakai tudung, ia adalah perkara disepakati dan usul, mungkin kita mendapat pahala dengan menegur.

Jumhur Mazhab dan ulama' bersependapat aurat adalah keseluruhan badan kecuali muka dan tangan. Kedua perkara ini adalah bukan aurat. Ibnu Marzuk berpendapat bagi mereka yang cantik dan boleh menimbulkan syahwat, sunat menutup muka. Ini bersandarkan perselisihan sama ada wajib wanita menutup atau wajib lelaki menutup penglihatan, menghindarinya. Kesimpulan, jumhur mengatakan aurat wanita adalah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Dalil : Surah An Nur ayat 30 dan 31.
: Hadis Rasul SAW yang bermaksud " Tidak harus bagi wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat melainkan bahagian ini,sambil Rasul SAW memegang bahagian tengah lengan ( had aurat dalam hadis ini menunjukkan dari tengah lengan tangan hingga jari bukannya dari pergelangan tangan).
: Dalil yang menyuruh menutup belahan leher bukan menutup muka. Surah An Nur ayat 31.
: Dalil perintah supaya lelaki menyekat pandangan mata An Nur ayat 114.

dan beberapa hadis yang berkaitan dengan tidak wajib menutup muka.


Dalil mereka yang mengatakan purdah adalah wajib.

1. Surah Al Ahzab ayat 59 berkaitan ayat jilbab.
2. Tafsir Ibnu Mas'ud berkenaan firman Allah dalam surah An Nur 31. Yang menyatakan wajib.
3. Surah Al Ahzab ayat 53 berkaitan belakang tabir. Termasuk bagi mereka memakai purdah.
4. Hadis Aisyah yang mengatakan melabuhkan tudung hingga menutup muka.
5. Saddu Zaraii'ah. Menyekat jalan yang mengundang dosa.
6. Uruf sesuatu tempat. Wajib bagi mereka menutup aurat.

Secara akhirnya, jumhur ulama' yang menyatakan menutup muka bukan wajib adalah diterima namun disana tidak memperkecilkan golongan yang mewajibkan memakai purdah. Namun ada beberapa perkara penting yang perlu diingat:

1. Mendedahkan muka tidak semestinya seseorang wanita memenuhinya dengan make up atau berbedak-bedak.
2. Pendapat tidak wajib tidak semestinya purdah tidak harus. Sesiapa yang ingin berpurdah, tidak menjadi kesalahan bahkan digalakkan apabila ia adalah cantik dan boleh menimbulkan fitnah.
3. Antara menutup dan harus melihat bukan seiringan. Pandangan pertama sahaja yang diharuskan sekali pintas. Tidak ada pandangan kedua dan seterusnya.


Kesimpulannya, Islam adalah agama yang mudah dan tidak menyusahkan. Hukum mendedahkan dan menutup muka adalah perkara khilafiah. Perkara khilafiah tidak boleh diperbesarkan dengan golongan pertama menyalahkan yang kedua dan sebaliknya. Tidak salah seseorang wanita ingin mendedahkan mukanya dan dan begitu juga menutupnya. Tetapi menjadi kesalahan golongan yang berpurdah menyalahkan golongan yang bertudung tidak berpurdah dan sebaliknya dengan alasan 'tidak boleh masuk dengan masyarakat'. Menjadi titik penting dan benda yang sangat perlu difahami oleh seluruh masyarakat agar tidak memperlekehkan sesebuah golongan yang lain.

Lebih menjadi kesalahan apabila golongan yang berpurdah memaksa golongan bertudung tidak berpurdah supaya berpurdah. Dan lebih menjadi kesalahan dan amat malang sekali, apabila sesetengah pihak memaksa golongan berpurdah supaya menanggalkan purdah dengan alasan memudahkan urusan, menyesuaikan dengan suasana dan lain lagi.

Memaksa dan meminggirkan golongan yang berpurdah oleh golongan yang bertudung tidak berpurdah dan sebaliknya adalah dua perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Bahkan memaksa golongan yang berpurdah menanggalkan purdah terpengaruh dengan fahaman sekular! Kenapa tidak dipaksa golongan yang tidak menutup aurat, adakah mereka ada kebebasan individu? Golongan berpurdah dan menutup aurat tidak ada kebebasan? Dimana timbangan keadilan?

Secara rawak, mereka yang mengatakan aurat tidak wajib adalah menyimpang dari perbahasan usul sedangkan purdah sudah khilaf, inikan pula benda yang sudah menjadi nas syar'i di dalam AL Quran dan As Sunah hendak diperlekehkan dan dipermainkan. Adakah kita menyokong golongan ini!

.....................................................................................................
JUSTIFIKASI

dah lama isu ni bermain dalam benakku tapi tiada penyelesaian..dan bagi ana menggunakan ijtihad ana sendiri, ana punyai justifikasi purdah buat ana:
  • ana ni perantau.. sering bermusafir sendirian ke sana ke sini.. Maka purdah ini mungkin sesuai buat ana.
  • purdah ini ana perlukan ketika ana bersendirian demi keselamatan.
  • Diam dan mata yang cekap lebih baik buat ana..



purdah ON OFF


  • walaubagaimanapun ana mengecualikan pemakain purdah apabila ana keluar bersama famili, adik2, teman2 kerana ada mereka disisi ana..
  • ana juga kecualikan diri ana berpurdah apabila ana sedang bertugas, pembelajaran dalam kampus, atau dalam rutin amal ( kalau tak nanti menimbulkan persoalan di beak orang lain dan berkelakuan aneh serta ganji ;)..kang lari laa pulak!!)
  • da atas budi bicara suami ana kelak.Jika ana berkahwin di dunia ini, maka atas budi bicaranya. kalau diizinkan dan digalakkan, ana berpurdh. jika tidak, ana redha :) sebabanya ana sudah ada pelindung kelak bile sudah bersuami.


CARA PEMAKAIAN


hehe.. stylo mylo.. ;)sendirian idea bagaimana rupa rekaan ana asalakan ianya selesa..sebabnye ana yang akan pakai bukannya aorang lain..
.: Insya Allah tunggu satu saat ketika bila ana sudah bersedia dan membuat persiapan nanti :) sila berikan ana sokongan.jangan lak kutuk ana koya ke poyo yopoz.. hohoo

Oct 30, 2008

derau exam! dubb dabb..

Hari ni ana bejubah pink purple melangkah ke dewan exam dengan separa yakin.sambil membaca ayah amanah tok guru untuk mengurangan dubdab dub dab,tetibe telihat kelabat encik zuhud di sibuk bersama angkatannya. alamak. berderau kejap.

ana pusing jauh sket mengambil lokasi strategik untuk mengmabil masa bertenang..
"
dalam hati maninggel le aku tak prerare ni" tapi alih2 cik senget berpaling dan senyum,
"
ei kak pai, kalau tak dapat A issues tak tau laa..mesti leh jwb sbb nye ader org kt depan tu.. " wei nana sempat lagi kenakan ana.. ana tersenyum dan pukul2 manja dengan plastic ruler kat blakang nana..wei agak2 la nana senget!

tatkala si gile and si buntal sdg leading kat depan kat stage..kobol lak sebelah buntal. hoho ;) konperm A++ mereka! ana mulakan bismallah 41 kali and doa penerang hati..buka kertas issues, pergh... bole tahan! susah beb.. true or false 50 questions.. confuse ana..asyik true je... bilemase falsenye? koya confident jap.. then ana bukak part B aiyoo.. alih2 terpandang isu Plihan raya ke 12.. and drug trafficking. memang best r ana goreng.. hehe bab2 politik mmg best dan ditambah pengalaman pertama ana sebagai pengundi muda.. itu belum di goreng bersama adunan live scene di permatang pauh..memang best2.. isu drug courier melibat wanita malaysia..mmg mengahangatkan skema jawapan pai syahira.. penutup esei ana bg dalil naqli..skali skale kena gak bg ayat Quran :) harap2 cik linda paham.. mesti gelak sinis tengok ana bidas hujah ttg isu magsa wanita dadah; umi azlim, raja munirah dan ruzana zubir..

em pendek kate..daripade blank kejap..terus ader nur jawab issue.. bes2..mintak2 paper lain boleh dapat ketenangan jawab finale.. selesai letak pen, encik zuhud dengan muka comel da berbahasa isyarat menghampiri dan bertanyekan ana.."pai bloeh jawab? " ana dengan senyuman sederhana ( betui) mejawab.. hehe ana mengangguk bole.. insya Allah. hehe ape laa pai ni? narut dan kesengalan tahap gabah seyh.. berpaling di belakang.. cik lina izmira sengeh kat ana.." suka laa tu kak pai dapat cakap ngan dia " wei mane ade.. tak suka laa.. gumbira jep :p berkat sokongan seorang mualim kepada student laa.tak baik tau bersu'uzon dengan ana.. walaupun sbnrnye..yea!

alkesahnye..cik june (buntal) dan za (gile) tubik awal..mmg bole jawab tu..tapi ade insiden sedei..hebat, encik zuhud berjaya mengantoikan student yang bawak toyol ke dalam dewan.. apelaa antum ni.. ana yang tak prepare ni takde laa sampai nk bwk jin dn toyol.. agak2 laa wei.. berdosa.. mmgla cemerlang kat dunia.. tp terkandas di akhirat.. buat student yang kantoi.. kesian..simpatilah pada dirimu sendiri..untung2 tak kena gantung sem! jujur dan ikhlas untuk berkawan dalam menimba ilmu..

bagi ana alhamdulillah, keberkatan hari ni dari keberkatan doa ummi, ibu tiri, adik2 dan masi dan shbt2.. em dulu arwah farham slalu wat ayat cam ni..
"
alhamdulillah, berkat rezekei dari Allah,berkat restu ibu bapa saya, berkat tunjuk ajar guru, berkat bantuan dan dorogan kawan2.. alhamdulillah!.."
dan ana slalu tersenyum dan jawab.."
Am ni, brapei kali berkat da...?" hehe itu cite 5 thun lepas.. tp kata2 masih terngiang2 di cuping telinga yang tebal babil ni.. :) kalu dulu setiap kali exam pasti arwah tiupkan kata2 sebangat dalam jiwa ana.. Am, i really missed u!! al- fatihah.

tubik dari dewan bendahara..ana merendek ngan nana si senget di bangunan akademik..nak melantak, ana berpuasa..hoho.. so ana merayau2 melihat carry marks.. hancus ana.. aperla.. kupik gak lecturer sekarang.. aoiyo kena betungkus lumus laa malam ni cover final esok..

sampai di kamar za.. alamak.. lapau laa pulak, teringat lak kat anta.em mesti da makan agaknye.dia da lupekan ana di perntauan.. takpe2..sahabat leh berdoa dari jauh.. em best nye nak makan.. bebudak nad, awin, mesa, cak kat bilik sedang melantak maruku yang masi ana buat..hahaa.. best2 kalau lapar camni mengeyangkan perut yang berzapin dgn maruku asli keluargaku..em tapi ade cite di sebalik kebahagiaanya ana jawab paper issue, adelak yang sedih.. sian messa, dia teresak2 nangis kat bawah bantal, katenye takleh jawab isue. alamak!! kalau dia tak leh jwb.. ana lagi lah .. td semuanye ana gune prinsip al_tibai... hihihi.

fuiyohh~ leh bertahan tak ni sampai kul 7pm? nak mamam.nak mamam! lapau la.. nak ummi suap ni..kalu tido mugkin bole lupekan kesengsaraan.. em nmpak gaye tido dulu baru bangun lepas asar nnt study advertising..

salam perjuangan finale buat semua.. jgn jd mcm ana..dasar pemalas tahap dewa langit sakti!

RAJUK

:) senyuman untuk nukilan ini sebab kena depuk atas muka ana sendiri.

ni first time dalam hidup ana
ada orang kate ana kuat merajuk
aisseh.. slame ni ummi je kate ana..
"pai Namjuk laa tuh..." ( pai sedang merajuk)

tapi basanya rajuk ana takan berpanjangan
ana akui ana ni cepat sensatif
tapi ana da biasa sensatif sendirian
dari kecil sampai ana anak dara
rajuk ana berbantalkan lengan
didinginkan tangisan air mata
yang pasti tawa, bersin dan snyuman
bisa memcahkan kesunyian..
apapun ana udah biasa dong..
merajuk tanpa pujukan sesiapa

ana ni tidak penting untuk sesiapa..
kerana selalu jadi no no 2,
dalam hidup umi ana pun, ana no2
dalam hidup abah pun, ana no2
dalam hidup arwah farham, mungkin no 2
dalam hidup sesiapa jua laa..ana no 2.

ana tidak ambil peduli
kecuali dalam hidup ini satu je..
satu je ana tidak akan merajuk
Yakni Tuhan yang Agung..
ana tidak pernah merajuk dengan Tuhan
Kerna setiap kali ana merajuk dengan Insan,
Tuhan lah teman berdialog ana
OST ayat-ayat Tuhan bisa memujuk ana
Kalimah keramat pencipta menguatkan ana!

Namun ana begitu gusar kalau-kalau..
kalau2 Tuhan merajuk dengan ana!
Janganlah engkau merajuk yaa rabb
Kerana rajuk mu buat aku tidak keruan..

Biarlah aku merajuk pada 1 dunia,
Janganlah Engkau tinggalkan aku,
Andai aku hilang 1 dunia pun,
ianya lebih baik daripada tanpa Engkau!

Hati yng berdarah ini perlu dicuci dengan antiseptik Kalam Quran, disapu gamat Istigfar.. tiup sket.. takpe2 jap gi elok laa.. ade parut tu biasala memori je.. :)

abaikan saja..pai kan hati kering??
:) rajuk itu sifat mazmumah pai syahira yang jahil.

Oct 23, 2008

Virus

saat ku uzur diserang virus dan longlai, ana ditemani rakan2 akrab yang mengunjugi kamarku dan menghantar juadah.. sayu hati ana melihat pabila jun dan za mendaki tangga :)

hari pertama, mereka menghantar nasi, sayur kubir dan ayam rendang
hari kedua, nasi serta ayam goreng dan sup sayur kentang

nana memberikan pelukan mesra di tepi tasik,
dz mengusap dahi ku.
cak menanya khabar ku.
nadia jua menyentuh dahi ku.
dan uncle ben jua bertanya khabr dari jauh.

dan bila hari ketiga.. hehe alhamdulillah ana da sehat. terima kasih atas keperihatinan kalian

sesungguhnya penyakit itu adalah kafarah dosa ana :) semoga derita sakit itu dapat menghapuskan dosa-dosa silam ana yang lalai lagi hina ini.Aaaminn..

Hujan

bau hujan sungguh indah
deruan angin yang menari
paluan kilat di angkasa
dingin di badan gusar di hati
dan bilaku lihat langit
teringat pesanan arwah
" berdoalah ketika hujan
antara doa yang mustajab"
doa ana buat ummi,
Moga Allah lindungi ummi
dan bahagiakan hidupnya.
selamat hari lahir ummi.
selamanya pai puteri ummi.


Rindu lagi !
~ al -fatihah buat yang tiada~



p/s : tapi kan kalau hujan tak brenti2.. banjir la.. time ni JKM kena turun padang bersama2 bagi membantu mangsa banjir. membanting tenaga demi kesejahteraan rakyat.. :) teringat lak team bantuan bantuan mangsa banjir.. kak huda, kak ana, kak fiza, kak aifa, bos puan azlina, amer, dhamiri, edan, aswad, abg safri, ayah mat, kak nadia,kak eli.. merase masakan dalam rice cooker bersama.. dan lepak bersama beras serta tin biskut.

The power of sms

" wording is nothing, but the person is something, isnt't it right ? "

wow.. kedu kedan.. sedu sedan.. memang segan. tatau nak ungkap ape..tetibe speachless kot..

bagi ayat style dalam gini lemah laa ana.. hanya mampu diam 1000 bahasa, senyum pengubat jiwa. sumpah wei lepas ni tamau maen ayat2 dalam. ana yang ditelingkup dengan pelbagai persoalan!

Oct 21, 2008

tasbih usang

hari ini ana kongsi tasbih usang ana dengan seorang gadis istimewa di hati ana. biarpun tempoh pengelanan yang singkat, ana lihat gadis ini udah menucuri perhatian ana. berpewatakan sederhana dan keimanan yang kental, rauta wajah yang tenang, alunan langkah yang waspada, bual bicara ang penuh hormat, dan redupan mata yang malu membuat ana sering tertanya siapa2 dia.



ana kenali dia di RKKTAF. tempat kashi sayang ana untuk semua warga di situ bersemi. tempat jiwa ana berbicara dengan dunia..namanya nabihah. orangnya siqah. ana sudah mula sayang padanya. dia sedang diuji oleh yaa Rabb.

yang terindah pabalia ana mengajar dan berkongsi ilmu dengan calon 2 pmr di home. ( nabihah dan rakan2 : zuraidah, quraisayh,murni,ketty, echa, marziana,azalizah, atiqah,kencana dewi :) ) dia kelihatan seakan2 bersemangat dengan kehadiran ana. senyumannya tembus di sanubari ana. ana begitu terharu bila dia memohon ana untuk solat hajat dan alat tulis nya sekali.. hihi teringat akan abah ana yang solat hajat utk alat tulis. hihi. dan sekembalinya aba di kampus. ana rase rindu padanya. rasa kasih pada nya. dia mangsa teraniaya oleh wali mujbir. dia begitu tabah.

Dan tadi bile ana bersamanya, ana terhibur.. hih dia juga membuat ana mengalirkan air mata pabila dia berkata " kak,ore teringat ko kak setiap kali jawab 9 kertas. kak ore nok tepon kak tapi ader skeling samah (rm 0.50) jah..ore tepon umi ore, tapi mmg ore rindu ko kak..ore segho kak panggil ore dan paling dengar soro kak. " sedih ana.. benarlah gelombang arus rindu ana sampai padanya.

sebelum pulang ana sarungkan gelang tasbih ana padanya. kata ana" kak tak mampu nok wi hadiah ko adik, tapi ni buah sebeh (tasbih) kesayangan kak. kak harap adik guna dan jago molek"

kini tasbih ana sudah menjadi miliknya.semoga deruan zikir itu mengubatkan deritanya dan kalimat suci itu sampai kepada Ya Habibi. kepada Nabihah " ana sayang enti".. moga kita bisa bertemu di syurga..

tasbih usang itu banyak kenangan dengan ana.menemani ana tika susah nak senang. deruan alunan memuji pencipta setiap kali nanbermusafir dan ketika beperang dengan kesakitan. tidak lupa juga semasa memuji kesyukuran terhadap Yaa rahman..kini ana sedang mencari tasbih baru. tasbih itu akan ana kenang sebagai nostalgia diri ana.

selesai menghadiahkan nabihah tasbih kesayagkan ana, ana melangkah pulang. em mencari kelibat seseorang sebelum peergi. ternanti di surau dan ana lihat kelibatnya menjadi makmum di dalam saf bersama adik-adik. yea. dia sedang berbicara dan bertemu dengan Penciptanya. Hamba yang zuhud serta mengaku kekurangan sifatnya. berbaju kemeja jalur2 dan selesai solat bertemu ana di bawah surau. Masih basah raut wajah anta dengan wuduk itu. Ana tertawan dengan sifat sederhanamu.semakin sayang padamu wahai muhammad amin.

Oct 17, 2008

Teratai Qudus



Teratai Qudus itu pai syahira
Maranya langkah ku dialun
sealun langkah ku ke medan jihad
hanya darah syuhada mengalir
seteguh akar di tanah
secekal hati mujahidah
indahnya teratai putih ini
seindah warna suci
sebalik redup celak garang
secalit senyuman terpatri
setulus amal jadi ratapan
zuhud istiqamah nadi kehidupan
Kolot di mata Insan
Riang di hati memerlukan
ana mudah didekati
namun sukar untuk dimiliki
hidup dalam kemuliaan atau
mati sebagai syahid :)
"ish azizan aumut syahidan"




epilog KAHWIN, sahabat dan MAUT



















em kahwin!!ngeri tapi indah kot.. (tatau realiti alam tersebut kerna masih bujang) tapi yang pasti ana ingin berkongsi pengalaman ana pd saat manis bersama kakak sepupu ana.sebenarnye ni bukan kali pertama ana menghadiri majlis perkahwinan kerabat ana dalam hidp ni..cuma yang beza sikit adalah sebab ni perkahwinan kakak ana.. sis Nadia.. sepupu yang rapat dengan ana. yang sopan santun dan berbudi bahasa.. hehe spupu sape? spupu pai syahira..



saat nak pulang ke singapore byk dugaan juga.dengan test mengejut and accident ngeri didepan mata ana.tapi ana redah jua walaupun tekedu seketika. test broadcasting ana tundakan hingga Isnin semata2 nak attend wedd kakak..da la tak prerare apepun..hehe mcm tak besa laks :+) paling sempoi dalam bab akademik ni. nasib baik Madam Raha sporting.. syukran madam memahami ana ni byk plan dlm hidup. ada yang event yang tak diplan.hehe syukur berkat keizinannya ana leh balik awal sket..

cerita ini ikongsi dengan proses pembelian tiket bas di Melaka Sentral..masa tu ana naik bas roller coster kat Alor Gajah..seketika ana berkhayal jap selepas membaca doa naik kenderaan.. hehe teralih seketika pandangan ana kepada bebudak skolah yang pulang dari sekolah menaiki bas roller coster tye lye..hihi macam2 stail..tie singgkat sluar sendat dan paling ketara tudung pendek yang poyoz.. ana lihat kelibat budak lelaki yang sederhana tinggi..dan membawa beg ringan dengan ucapan dalam hati" adik ni gi sekolah bawak buku ke tak yea?" lantas alunan bas berhenti di Rembia lokasi seblum umah Cheng ana.. ana ralit dengan msg dari Uncle Ben dn tesengeh mcm beruk maknyeh pun ada..smbil memikirkan ayat msg ana merenung ke tinggkap. degupan jantung ana hampir terpisah dari badan apabila ana melihat seorang budak lelaki melambung sama tinng dengan roller coster ana. lantas ana bertakbir dan roller coster berhebti macam terputus bekalan elekrtik dari treknya..



ana turun dari bas dan melangkah menuju ke arah lambungan tadi. ana terkejut melihat sekujur tubuh sendang menngelupur kesakitan. Asstaufiruulah adik ni dirempuh oleh myv kelabu yang dipandu oleh 2 gadis yang bolok. da nampak lampu mereah brentikan saja kerta, knape harus dipecut hingga melangar budak yang tidak berdosa. ini lebih perit apabila adik sekolah itu merupakan budak yang ana terdetik anak nape tak bawak buku.. aduss. adik bertahan.. ana memriksa denyutan nadinya dan menjadi panik tak tentu hala. ana bmelambai2 kepada kenderaan lain agar menolong budak tersebut. sampai ana lupe nak dail 999.. apelah panik sangat.. selapas hubungi kecemasan, ambulan tiba dan menyelamatkan adik tadi. yang ana nmpak.kepala adik tu dibanjiri darah2 yang membusus-busu kelauar dan tulang belakang putihnye terkeluar dan kulit terkoyak.ngeri ana adalah kerana..ana nampak denagn mata ana sendiri pabila budak tu melambung terbang macam kertas ditiup angin. tidak.. tidak..ana mmg kedu di situ.innalillah..ana cuma mampu berharap yang adik itu dapat diselamatkan.tak dapat ana bayangkan kakau ana ibu bapanye.mesti nak susah terima hakikat..Allah sedang menguji keluarnya. Ya Allah permudahkan lah urusan adik lelaki saudara seislamku itu.. Aaminn..




ana teruskan perjalanan ana menuju ke Melaka tengah.. dalam bas akhirnya titisan embun kemanusian menyeberangi jua muka ana..ana mmg tak boleh tahan kenagi apa yang ana lihat sebentar tadi. dan org pertama yang ana kongsi kesedihan tika itu adalah Uncle Ben.entahlah sejak kebelakangan ini, dia antara yang rapat dengan ana. suka duka dikongsi bersama. hehe.



sampai di Melaka Sentral, ana Zuhur sebentar dan terus memfokuskan diri di kotak kaunter.. habis ngejas ngan uncle cine ana dan membeli tiket ana merjerumuskan diri ke dalam Mc d..hehe walaupun dulu ana boikot mcd akhirnye ana gak makan.. yang best kat mcd ni pai pisang n bubur ayam.. hehe tapi bubur ayam mcd takleh lawan bubur ayam kak pai kat kampus lendu..( ni orang yang kate, bukan ana..bukan riak )




pulangnya ana dari mc, bertemu ngan kawan baik ana..renna n roomate dia,cimok.sepanjang dalam bas ana duk cerita pasal budak lelaki yang ditimpa kemalangan.. dan akhir nye dia telah memecahkan perut ku dengan lawak durian dalam roller coster. hehehehe.cis dasar suka kantoikan ana. :p mane taknye..selamber ana makan durian nagn rin dalam bas mase last semsester..lepas tu 1 bas bau durian..memng sengal ana ni.. heheh dalam bas mmg kena nganjing yang paling lawak bile ana letakkan mulut depan muka ana dan berdialog dengan kuat




" em na, ko penah bau durian? hahhh hahhh hahhh baunya" baidurinaa segera pecah perot tgk gelagat ana dalam bas pabila kena nganjing nagn budak punk dalam bas..ana orang kampung suka makan durian bukan London di Lendu!!!! lain kali cakaplaa nak join makan sekali bukan nganjing.itu lah padahnya memainkan ana.. padan leher dengan muka.bau saja..





tapi sampai kampus rena berpesan..walaupun durian menjadi pujaan ana, dia tak kesah dan sekali lagi akan melangkah dengan ana ke anugerah skrin 2008 bersama dekan..hehe Prof Baharudin Aziz..itu yang ana dengar..hehe dia tetap dengan ana walaupun ana berjubah di pesta glamer2.. peduli ape ana. janji dilindungi malaikat dan Tuhan. sebut pasal anugerah skrin, teringat lak peristiwa as 2007 lalu masa sit blakang fahrin ahmad dan cik linda on, didepan ahmad idham, dan palind tak leh blah disebeah bapoks. slumber rena campak ana sebelah bapok,dan saiful malaysian Idol. nyampah ana pabila dia sibuk membetulkan 'aksesori palsu' ditepi ana. kalau boleh sentuh memang la kena lempang dengan ana.budjet hot la. dasar tak sedar dann mensyukuri nikmat Tuhan tul hamba Allah yang terpesong ni.ana rase jilbab ungu dan hijab ana lagi hot dari aset palsumu. lelaki versi hawa itu sibuk membetulkan bunga lily di kepala dan gaun mengembang lap lantai. nyampah ana ! kalau da tetibe silikon dia tercabut mmg maeninggal kat situ memang kesian la menggung anuderah skrin neraka dari ya Rabb.tahun ni mintak2 dapat duk sebelah orang soleh ke..hehe macam la ustaz nak gi anugerah skrin hahaha. tp seronok dapat meninjau n see how to run live event and program serta aritis yang kereks.ana bab artis ni lah paling bebal. tak minat sungguh tapi terdedah jua bile menceburi masscomm ni..




ape laa.. ana ni teringat kesah lampau.ni malas menulis, skali tulis bertimbun isu di kepada ana yang serba naif ni. hehe pulangnye ana di kampus, classmate ana sakit.. sya dan cak.. kesian mereka ni. sorang demam campak..sorang sakit perot melampau. alahamulillah berkat bubr kasih sayang dan sup sayur pengubat lara.. mereka tenang menghadapi kesakitan. heheh malam tu ana dan kawan2 gotong royong memasak di bilik..mmg slamber badak kami guna 2 rice cooker..macam buat kenduri mane tak.. kecoh gile dan seronok kami mengharungi suka duka.. malam tu, sya, cak, syeeda, lisa, lizza, june,khadijah, shezz dan ana melantak sambil disusili cerita adik kemalangan. ana siap menggayakan lagi ape yang berlaku petang td. kami ade perasaan nak pegi menziahrah adik tu tapi tak tau lokasi rumah dan hospital..semuanya dijadikan iktibar bahawa maut kian hampir walau dimana dan bila. teringat akan hadis dhaif bahawa.." Maut itu hadiah yang terbaik bagi setiap muslim" dan manusia yang paling bijak adalah manusia yang mengigati maut.. maka dengan maut tepisah denagn maksiat.. namun ramai je yang buat maksiat sampai maut pun ade.. wallau alam..




dan episod seterusnya mengembara di pulau orang..esoknya.. seleaps subuh ana agak terbabas lewat bersiap utuk mengembara.. ramai yang kejut ana pagi tu, June, Uncle Ben n Mara Liner.terharu laks.. namun sempat gak ana mengejar bas. ni la 1st time ana naik bas direct to Singapore. mmg mencabar rasenye sebab biasenya ana naik kete..hehe manja gak ana ni :) dalam bas ana berkroohh kerna bosan dengar dribver bas pasang lagu keling dan penumpang cine bertekak.. ader 8 orang tapi cam 80 orang rasenye. pasangan veteraran orng putih gak cool kat belakang tension. akibat terlalu tension ana akhirnye terbabas ke Queen Street or Rochor, sepatutnye ana stop ka woodlands tapi leka kan..tu laa koya lagi dalam bas!!! hihihi. ana duk sibuk roaming service tak jalan.. bengkek ana.. sampai di situ ana ke istana rehat..hehehe lame sangat duk dalam bas. ana duk kelam kabut duk cari singapore dollar.. aduss.. lupe lak nk tukar td. nasib baik ade hamba Allah ni tukar coin dgn ana. selesai suadah ana berbual denagn pakcik tersebut. rupa2nya dia adalah taxi driver malaysia.. hehe. dia lak risau masa ana tunggu ayah teh.dia semangat kola ayahteh.. syukran org malaysia menolang ana di pulau orang..alhamdulillah tak lama kemudia, kakak ana tiba ambil ana. sebelum pulang pcik td kembali dan tanye soalan pedas..ade ke dia berkenan kat ana untuk anak teruna dia..tertonngeng jap ana..aduss pcik ni, sempat lagi kot..ana dengan baik menjawab, ana masih bujang tapi masih belum bersedia lagi sbb masih menimba ilmu.. sopan tul ana jawab. hehehe.siap bg namekad..ana ambil bg tidak mengecikan hatinye.hehe simpan, mane tau kalau sesat kat spore ader rescue..:) lepas kak nadia sampai kami ambil cab dan pulang ke rumah. otw to home, ana terkhayal agi..



hehe sampai di umah ayah teh.. ana solat jamak dan sebelum memulakan operasi.. makan time first.. sedap weh..sungguh.. tak sia2 ana merentasi negara pulang keumah ayah teh.. hi cik maria tgku sabri..meh laa letak signboard kat jalan2 cr mkn kt umah ayahteh ana ni. lantas terkial2 mencari fon..biasenye ana laa org yg paling tak kesah kalo fon hilang tapi no cm obses jap bile roaming tak lepas! nasib baik kakak menhulurkan fonnye.. ana msg uncle ben dengan senyuman dan hubungi ummi ana mengatakan ana selamat sampai. baru je 5 jam da kerun ana. apaaraa.!!rase cam hilang sesuatu.tapi semuanye ade :o)


bukan main seronok ana di rumah ayah teh. melihat persiapan kawin kakak. renda, kain, bunga, petas, meja, telur rebus, hantaran dan macam2. wow bestnye.an paling bahagia bile melihat senyuman kakak menhutung jam sebelum bergelar zawjah or bini org..kendian tiba sorang ukhti ni, namenye Marina tukang ukir inai.hehe byk design dia bawak utk kakak. dan kakak telah memilih design yang unik dan zuhud..ana suka corak tuh..kakak tanye nak inai tak pai? tapi ana tamau kali ni..kang kena badi kawen awl.. ehhehe malu lah tuh..di saat kakak diinaikan ana mengamati wajahnye dengan penuh kasih di hati. sungguh ana sangat sayang dia. ketulusan dan kesopanan nye menambat hati ana. sejak kecil dia tidak pernah lupakan ana..walaupun bersempandan selat tebrau.. walau pun dia di temasik ana di tasik teratai.. eheh silap.. Kuantan, pahang. dia tetap mencari sepupu kesayangnya ini. Pai pun sayang kakak!!!! dan hari ini tika dia mengharungi kebahagiaannya..dia tetap mahu ana bersama.



di sebalik kesempitan pasti ada kesempatan.. itu yang ana lalui dalam idup.di saat menunggu inai kering ana mengimbau kembali kenagnan bersamanye.. dan saat ini indah kalau abah ana ada bersama. mestilah abah orang yang selok dan beria2 menguruskan perkawinnan anak abangnye..hihi. sama2 ana dan kakak terkedu dan mengalirkan air mata. ana tidak dapat beselindung lagi bahwa setiap kali pandang ayah teh, ana ingat abah ana. malah ketika sampai di ruang tamu, gambar aki Abdul Ghani menjadi tatapan utama ana. bersama kelaurga ayah teh ibarah macam bersama abah dan aki. bahagianya ana kalau kalian bersama meraikan hari bhagia ini.. bagaimana kalau kenduri ana tanpa abah dan aki.? tak sehevoc ini kan. mesti suram.. sekurang2nya ana berpeluang menikmati kebahagiaan bersama, Ayah teh,pai sayang dan kasih ayah teh..ayahteh la pengubat rindu pada abah.saat bersalaman dan mencium tangan ayah teh, bagai aura abah disisi. di tambah pula pangkulan erat dari ayah teh buat rindu ana terlepas jua. abah..pai rindu abah. kehangatn kegembiraan dikongsia engan semua bila menghias bilik pemngantin,pelamin, makanan dan lawak jenaka tatkala ana bersin..heheh tu takleh lawan.. bersin ana yang halus telah memcahkan perut dan gusi semua. ape laa pai ni.. sengal..tapi sengal2 ana ada pilunya.



apabila tinggal berdua dengan kakak..kakak mengingatkan kembali tentang buah hati ana, Arwah Farham..adus ni laa yang paling ana nak lari..terkena pula! sklai lagi kakak tanye pasal arwah, sambil cover sedih berceritalah ana.. dalam hati td baru kering air mata, ade mengis lagi ni.. tp dgn cool ana jwb solan dengan tenag..last2 kakaka ana yang nangis..ana yang lap air mata dia sebab tangan dia penuh inai..kakak memletakkan keadan dirinya kepada ana.. "cinta pai sungguh tragis.." dan ana tersenyum jawab "takpe kak.. kat syurga ada, sebab tu pai byk planning walau maut hambir tiba.."hehe. alih2 kakak nagis lagi.. adus..lantas ana matikan je sesi dialog..an sedih bile tgk dia sedih sebab ana.. tapi kakak menasihatkan dan bersetuju untuk ana beri peluang kepada hidup ana agar menghargai semua orang disisi ana.. yes i will! i am .. keep trying..





hampir kul 11 ana mengdap ym..online ngan atuk ana di kelantan.. leh tahan gak dia ni..ana gelarkan dirinye ayoh su..ayoh su siap nganjing ana lagi bile tak layan ym.. dia la anta sumber inspirasi ym.. hebatnye dia sampai nenda jeles..dia hot di ym dan pelayan blog.. tulisan dia hebat.. dan yng penting dia peminat mahatihir..memang tak sebulu dengan ana. dia selalu berijtihad dengan al-atas dan Kasim Ahmad orang anti sunnah..bisa gak ana derngar dia berhujah..mase ym td, ayaoh su sudah bising bile ana tidak pulang ke kelantan.. bile pulang ke kg sibuk ngaji pondok..tension dia dengan ana.. tapi dialah orang yang sayang ana..selalu teman ana beli ktab dan paling best teman ana plih hadiah untuk buah hati arwah Farham, yakni serban putuh :) sungguh untuk cucu menantu ehem2 di syurga..sedih bila dia nak bawak ana nak berjalan kat Thailand..hehe, best gak.ayohsu jua bagi persolan yang best td" nape pai nak sedih bile farham takde, Allah dah suka dan pilih dia. patut suka" terjelapuk kejap kena sound ngan ayoh su. carilah pengganti..belum jumpe lagi laa ayoh su ..muda lagi kan..em setelah tu ana teringa kawan baru ana, Uncle Ben.. ana hubungi dia, ternyata dia seorang teman yang baik.bisa menceriakan ana dan membuangkan tebiat ana. tapi yang pasti berani dia panggila ana " Syahira".. ni mmg nak kena.tang ni ana kurang berdiplomasi.. Syahira untuk zawgi shj :) mahal takrifnya..




esok..majlis akad nikah berlangsung..pasti tak keruan darah ana..


pai syahira yahya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...