Oct 30, 2008

RAJUK

:) senyuman untuk nukilan ini sebab kena depuk atas muka ana sendiri.

ni first time dalam hidup ana
ada orang kate ana kuat merajuk
aisseh.. slame ni ummi je kate ana..
"pai Namjuk laa tuh..." ( pai sedang merajuk)

tapi basanya rajuk ana takan berpanjangan
ana akui ana ni cepat sensatif
tapi ana da biasa sensatif sendirian
dari kecil sampai ana anak dara
rajuk ana berbantalkan lengan
didinginkan tangisan air mata
yang pasti tawa, bersin dan snyuman
bisa memcahkan kesunyian..
apapun ana udah biasa dong..
merajuk tanpa pujukan sesiapa

ana ni tidak penting untuk sesiapa..
kerana selalu jadi no no 2,
dalam hidup umi ana pun, ana no2
dalam hidup abah pun, ana no2
dalam hidup arwah farham, mungkin no 2
dalam hidup sesiapa jua laa..ana no 2.

ana tidak ambil peduli
kecuali dalam hidup ini satu je..
satu je ana tidak akan merajuk
Yakni Tuhan yang Agung..
ana tidak pernah merajuk dengan Tuhan
Kerna setiap kali ana merajuk dengan Insan,
Tuhan lah teman berdialog ana
OST ayat-ayat Tuhan bisa memujuk ana
Kalimah keramat pencipta menguatkan ana!

Namun ana begitu gusar kalau-kalau..
kalau2 Tuhan merajuk dengan ana!
Janganlah engkau merajuk yaa rabb
Kerana rajuk mu buat aku tidak keruan..

Biarlah aku merajuk pada 1 dunia,
Janganlah Engkau tinggalkan aku,
Andai aku hilang 1 dunia pun,
ianya lebih baik daripada tanpa Engkau!

Hati yng berdarah ini perlu dicuci dengan antiseptik Kalam Quran, disapu gamat Istigfar.. tiup sket.. takpe2 jap gi elok laa.. ade parut tu biasala memori je.. :)

abaikan saja..pai kan hati kering??
:) rajuk itu sifat mazmumah pai syahira yang jahil.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...