Jan 18, 2009

life

inai






inai di jari ana agak menimbulkan kontroversi di kampus..hehe rata2 menandaikan ana telah berkahwin di Pakistan..dan muka ana yang slumber mengiyakan, sekadar niat untuk bergurau.. hihi maafkan ana kalau ade sesiapa yang terpercaya.. di sini. ana mengaku ana memain je.. ana bergurau, maafkan ana yea. ana masih bujang la.. mane ader sape nak nk kawen ngan ana :p

Jan 13, 2009

putaran JIHAD

angin halilintar merudum hatikum bisa meniupkan roda kereta kebal berputar.. atas dan bawah. yea.. sekarang ana di atas dan di bawah jua. sudah kembali ke kampus dan melangkah kan jiwa memerhati ceruk ilmu. sabar kerna semua khatam. everything is gonna be ok otherwise there will be no the end. kan? am i right?

sibuk di kampus meneruskan rutin harian seperti biasa.sem ini kena keja kuat sikit. ilmu, amal, iman, kasih sayang, hati, ekonomi perlu seiring dan sejajar supaya tetap menjadi muslimah sejati :) seronok kembali ke malaka untuk menuntut ilmu.

namun ada terdetik di hati polos ini untuk menjenguk dan bersama muslimin dan muslimat di Gaza. kalau la diberi kesempatan, tiada ragu-ragu untuk ana bersama mereka. kalaulah Mercy memberi kelulusan untuk ana ke sana, alangkah indah nya. biar hanya mencampak seketul batu kepada rejim zionis ini, nescaya boleh membutakan kati musuh agamaku. hatiku terguris melihat kekejaman mereka. hanya mampu menitiskan air mata dan doa mengiringi jihad mereka. pertama kali aku mengalirkan air mata bile melihat serpihan mayat Allahyarham sheikh ahmad yasin yang bergelimpangan akibat di bedil oleh Israel. selepas tu ramai lagi pejuang dan pemimpin Hamas yang mengikuti nasib yang sama. Israel! woi mungkin hari ini kau melihat kemenangan mu di atas bumi Allah ini, tp aku nntkan pembalasan di akhirat nnt ats kekajaman menyiksa keluargaku di Palestin! Al-fatihah buat mujtahidun..

Ya Allah, kuatlah jiwa-jiwa orang Islam yang merupakan hambamu ini yang setia dengan Mu. aamin.

telaga hodoh

istilah perigi mencari timba didengari ketika di bangku sekolah dahulu.

hehe tempias pulak :) lazimnya istilah ini ditujukan kepada prilaku si hawa mencari si kumbang. yea mungkin status ana sekarang. tetapi kalau diimbas kembali isu ini menjadi trend dulu dan kini. yea.. peristiwa zamam siti kadijah r.a merisik khabar Nabi Muhammad s.a.w kerana budi pekerti beliau yang mulia. dan rata-rata gadis sekarang ramai yang approach si adam jika berkenan di hati. dan yang paling best jiwa si timba memberi responds yang baik punye jika si perigi adalah hot stuff..


walau bagaimanapun keadaan itu berbeza dengan ana, kerana ana bukan perigi, ana hanyalah sebuah telaga hodoh yang usang dan diselaputi lumut hijau.hihi jadi mana mungkin sang timba menjenguk kedalaman telaga hodoh. ana tidak layak ditimba oleh sang timba, hanya dicedok oleh bekas plastik je laa kot..tapi air telaga juga sejuk dan segar cuma banyak kat kampung dan dalam hutan.sekali pun ana bertempik cedoklah hamba, sang timba akan tetap manilau sang perigi emas yang jernih dan cantik.

so mengikut kesedaran diri dan kelemahan ana akur akan takdir Tuhan yang Maha Esa :) jika tidak dicedok pun air hujan tetap akan turun memenuhi ruangan telaga dan sampai satu masa air telaga hodoh yang usang akan melimpah jua. maka tiada lagi pencedok..cuma terus disalaurkan paip utama. hahaha. amenda laa ana merapu..

tuntasnya, satus and nick nama baru ana telaga hodoh. ana tetap tersenyum. kalau telaga hodoh itu diriku, aku bersyukur. Aku tetap di situ. Aku tidak penat, cume letih je..aku tidak berundur cuma melangkah setapak ke belakang.aku tidak mengeluh tapi aku sayu. buat sang timba keluli, selamat menimba sang perigi yang indah :)

Jan 10, 2009

Lahir

4 JANUARI 2009


Em usia ana genap 24 tahun pd 7 Muharam lalu.. di hari lahir ana terukir senyuman. Tahun ni seharian ana dalam keretapi dari Islamabad menuju ke Karachi. Tarimakasih kepada yang menghantar msg ucapan hari jadi. Hehe ramai juga yang ingat pada ana walau di perantauan.sempena hari lahir tahun ini ana berpuasa
tanda kesukuran di awal Muharam. Dan adik perempuan bongsu ana, Bibi juga menemani ana berpuasa walau berada jauh dengan ana.

Siapa tak gembira menerima msg pertama hari jadi dari mata hati kan..yea.. mmg happy tapi ana benakkan je perasann happy tu kerana.. hati ana bagai tergilis oleh roda kereta api. Dan seterusnya msg dari best friend dan adik beradik kessyangan ana..encik Zuhud juga mengirim msg dari msia.tq sebab ingat.tak sangke walaupun emester sudah bermuda tetap ingat hari lahir ana. Hihi dan kluarga arwah juga tidak lupakan msg ucapan hari lahir. Seluruh keluarga di Pakistan juga meraikan hari lahir ana.. terlalu ramai yang call sehingga battery flat..yang paling best adalah apbila cousin ana mengajak ke rumah anak yatim di Islamabad sempena hari lahir ana. Best Sangat. Mereka seakan memahami jiwa ana.memg rendu pd adik2 di RKK..ana akan ingat saat indah ini..

Semoga Umur yang ada ini dapat dipenuhkan dengan amal ibadat dan berbakti kepada mereka yang memerlukan yea.. dapat la ana mengutip benih ladang dunia untuk memtik buah di adang akhirat. Hidup ini hanya sementara.. perjalanan seketika sebelum menuju alam abadi.

Ummi pai rindu ummi sayang.. setiap tahun ummi akan nyanikan lagu Happy Birthday dalam bahasa Urdu. And tahun ni.. betul2 di Pakistan.. sambil meraikan grnap setahun Benazir Buthoh Meninggal dunia. Ramai tul yang meratapi pemerhian arwah benazir.siap ada rusuhan and perhimpunan tunjuk perasaan dengan laungan Ben..Benazir!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...