istilah perigi mencari timba didengari ketika di bangku sekolah dahulu.
hehe tempias pulak :) lazimnya istilah ini ditujukan kepada prilaku si hawa mencari si kumbang. yea mungkin status ana sekarang. tetapi kalau diimbas kembali isu ini menjadi trend dulu dan kini. yea.. peristiwa zamam siti kadijah r.a merisik khabar Nabi Muhammad s.a.w kerana budi pekerti beliau yang mulia. dan rata-rata gadis sekarang ramai yang approach si adam jika berkenan di hati. dan yang paling best jiwa si timba memberi responds yang baik punye jika si perigi adalah hot stuff..
walau bagaimanapun keadaan itu berbeza dengan ana, kerana ana bukan perigi, ana hanyalah sebuah telaga hodoh yang usang dan diselaputi lumut hijau.hihi jadi mana mungkin sang timba menjenguk kedalaman telaga hodoh. ana tidak layak ditimba oleh sang timba, hanya dicedok oleh bekas plastik je laa kot..tapi air telaga juga sejuk dan segar cuma banyak kat kampung dan dalam hutan.sekali pun ana bertempik cedoklah hamba, sang timba akan tetap manilau sang perigi emas yang jernih dan cantik.
so mengikut kesedaran diri dan kelemahan ana akur akan takdir Tuhan yang Maha Esa :) jika tidak dicedok pun air hujan tetap akan turun memenuhi ruangan telaga dan sampai satu masa air telaga hodoh yang usang akan melimpah jua. maka tiada lagi pencedok..cuma terus disalaurkan paip utama. hahaha. amenda laa ana merapu..
tuntasnya, satus and nick nama baru ana telaga hodoh. ana tetap tersenyum. kalau telaga hodoh itu diriku, aku bersyukur. Aku tetap di situ. Aku tidak penat, cume letih je..aku tidak berundur cuma melangkah setapak ke belakang.aku tidak mengeluh tapi aku sayu. buat sang timba keluli, selamat menimba sang perigi yang indah :)
No comments:
Post a Comment