Feb 17, 2009

istiqamah

KONSISTEN. itu yang perlu ana lakukan. ana tidak boleh lagha dalam kegembiraan ini. tambahan pula, ana bisa tergelincir daripada kegembiraan ini. ana tidak boleh alpa bahawa kegembiraan ini adalah rahmat dan ujian. maka ana harus konsistern dan wasatiah.

kerna wasatiah dan zuhud ini penting. perjuangan tetap diteruskan dan perlu disemarakkan :)
syukran kepada semua yang memberi sokongan.. ana tidak boleh persiakan kepercayaan ummi dan mak ih pada ana.insya Allah ana cube sebaik mungkin dan Alhamdulillah atas anugerah ini :) dan apa yang penting ana perlu pelihara hati dan mata sebagai seorang hafizah.pai boleh!chaiyok2~ memang cinta itu menjadikan kamu buta, tuli dan pekak.. namun ana akan buktikan cinta itu jua bisa menjadikan ana celik ilmu,iman dan hati.ana masih pai yang dulu.ana tidak akan pernah berubah walau hati ana sudah terisi. itu janji dan doa ana. Aamin.
  • (112) Oleh itu, hendaklah engkau (Wahai Muhammad) sentiasa teguh berdiri di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas; Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.
  • (113) Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), nescaya Neraka akan menyambarmu kepadanya, sedang kamu tidak ada sebarang Penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.
  • (114) Dan dirikanlah solat, pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.
  • (115) Dan sabarlah, sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.



Surah Hudayat 112 - 115..Aamin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...