Dec 11, 2008

if i were a boy


If I Were A Boy
by Beyonce


If I were a boy
Even just for a day
I’d roll out of bed in the morning
And throw on what I wanted and go
Drink beer with the guys
And chase after girls
I’d kick it with who I wanted
And I’d never get confronted for it
Because they’d stick up for me

If I were a boy
I think I could understand
How it feels to love a girl
I swear I’d be a better man
I’d listen to her
Cause I know how it hurts
When you lose the one you wanted
Cause he’s taken you for granted
And everything you had got destroyed

If I were a boy
I would turn off my phone
Tell everyone its broken
So they think
that I was sleeping alone
I’d put myself first
And make the rules as I go
Cause I know that she’d be faithful
Waiting for me to come home (to come home)

If I were a boy
I think I could understand
How it feels to love a girl
I swear I’d be a better man
I’d listen to her
Cause I know how it hurts
When you lose the one you wanted (wanted)
Cause he’s taken you for granted (granted)
And everything you had got destroyed

It’s a little too late for you to come back
Say its just a mistake
Think I forgive you like that
If you thought I would wait for you
You thought wrong


But you're just a boy
You don’t understand (yea you don’t understand)
How it feels to love a girl
Someday you’ll wish you were a better man
You don’t listen to her
You don’t care how it hurts
Until you lose the one you wanted
Cause you've taken her for granted
And everything you had got destroyed
But you're just a boy…

memori klasik

KAU SAHABAT KAU TEMAN
by Hijjaz

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati


kebal

alhamdulillah :)

hari ni ana tau satu perkara. ana masih tersenyum itu akibat sendiri mencari nahas.padan muka paisyahira. it is easy to be fall in luv with someone instead of make someone to fall in luv with u. ana maseh ok. relax r! biarlah kate lagu nidji.

hari ini ana terima 2nd present.dari bonda tercinta, ummi zarinajan. syukran ummi.terlalu berharga. selamanya ana anak gadis ummi. ummi ku pantang melihat anak gadisnya derita.. persoalannya deritakah pai syahira?ok je.still rock on baby! hadiah pertama 1 dis lalu.juga priceless.diberi oleh muhammad amin.

terima kasih Ya Allah. terima kasih atas limpahan rezeki. telah Kau tetapkan rezeki hamba Mu yang berusaha dan bertawakkal. Alhamdulillah.

hari ini ana rendu akan semua ahli keluarga dan kacips ana.ibu tiri ana telah berikan kasih sayang dan pelukan erat sebelum berangkat ke Singapura.ini sangat bermakna. Tuhan lindungi semua ahli keluargaku.

hari ni adik ana habeeb pulang setelah lame lepak di rumah ibu angkatnye.. jd penebar roti canai. hehe best2..rendu bangat sama dia.. tq abang balik untuk tengok kakak.hihi.

hari ini salam dan senyuman terakahir buat adik2 home yang akan berpindah ke arau.sepasang kain membalut tubuh mungkin dapat mengingatkan kasehku pada mereka. yea ana berjaya tidak menitiskan air mata. dapat hadiah lagi dan surat daripada adik2. sayang mereka pada ana tidak pernah berubah malahan kian mekar..terima kasih sayangkan kakak.kaka pun sayang sangat sama kalian.

tonight is ladies night..hari ini open table dengan iwani, nurul, n wahid. gelak besar dan diiringi santapan yang hebat. best. meraikan besday ana dan bergossip. yang penting semua shooperholic at roxy. haha. ratu roxy ! yea time frust kena ade geng n shopping baru best.macam tak biase deh..

hari ni juga punch card at ofis pkmd ~ semua orang rendu kelibat ana.. hihi. makan besar kat pantri diiringi lawak2 spastik menceriakan hati ana. yang pasti team banjir teringatkan ana..

sekarang cam debar result n perjuangan dakwah. umur 24 ni target kena betul2 fokus. tiada lagi lagha.. da besa! ilmu dan dakwah perlu seiring perjuangan tetap diteruskan. em :) farham kate.. em hidup mesti diteruskan dan hidup sebagai khalifah di bumi Allah. k2..

hoo.. terima kasih ya Rahman :)

Dec 4, 2008

mata hati



syukran :) ana sayang anta kerana Allah.
moga perasaan ini jauh dari fitnah syaitan.

Nov 22, 2008

Am i heartless?

L o v e
to love is nothing.
to be loved is something
to love and be loved is everything.




loveisnowhere
l o v e i s n o w h e r e ?

we can pronounce it either ;

love is now here

or...

love is no where.

still using the same alphabets but with different rhetoric.
and for me..

love is no where :)


who loves me?
i do love me myself.

my tears

Ya Allah, terima kasih atas tangisan ini.
ana redha :) andai tangisan ini mendekatkan ana dengan MU




tangisan ini seperti tangisan pai syahira.
tangisan ini juga dapat menginsafi diri.




tidak lengkap kehidupan tanpa aliran tangisan.
moga diiringi tangisan taubat atas kejahilan jiwa.



tangisan ini sudah sebati dengan embun pagi.
kering atau dingin angin membawa ia pergi.



Nov 15, 2008

Lucky

Lucky to in love with my best friend
by Jason Mraz and Colbie


Do you hear me,I am talking to you
Across the water across the deep blue ocean
Under the open sky, oh my, baby I'm trying

Boy I hear you in my dreams
I feel your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard

Lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh

They don't know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I'll wait for you I promise you, I will

Lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

And so I'm sailing through the sea
To an island where we'll meet
You'll hear the music fill the air
I'll put a flower in your hair

Though the breezes through trees
Move so pretty you're all I see
As the world keeps spinning round
You hold me right here right now

Lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh
Ooooh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh



:)

Nov 12, 2008

my complicated planner

ader byk planning dalam hidup ana yang masih belum setel selepas finale dalam 6 minggu akhir 2008..
:) my life on 14, 17,18,19,20,23,26 nov and 1Dis

1. program ibu sukaneka taska 16 nov ni
2. nadwah kebajikan hospital 22 Nov ni
3. hari lahir kwn ana 24 nov ni
4. program OKU kak huda Dis ni
5. bantuan banjir nov- Dis ni
6. Kubur Farham 2 Dis ni
7. balik Pondok 3 Dis ni
8. Aidiladha 8 Dis ni
9. Balik kampung 12 Dis- Jan
10. Rkk ke arau dis ni
11. hari lahir wan ,pakcik and june
12. balik kampus Jan 2009

stuck jap~ agak2 leh wat smua ke ni? pening kepala ana :) masa da tak cukup. tak sabau nak bernafas lega. alih2 dan masuk tahun baru. wajah baru kot.. entah la.

Nov 9, 2008

Teater Angin

ana ingin berkongsi pengalaman ana tentang teater angin oleh kanak2 SMK seri mahkota sempena festival Kanak-kanak di Taman Budaya, Kuantan.

Ana bertuah kerana dapat menyaksikan pertujukan teater ini. tidak terlintas ana dapat join sekali. nasib baik, encik fathan ( petugas di RKK ) mengajak ana bersama adik2 di sana mengikuti pertujukan itu. seramai 40 orang adik2, en amy, en fathan dan ana.hihi bukan main seronok lagi. tersengih dan tergelak semasa pertujukan tersebut.

apa tak nya.. cerita itu ringkas namun membawa pengertian yang dalam. tajuk yang ringkas; ANGIN..banyak pengajaran yang ana dapat.. antaranya.. manusia ini ibaran lalang, talam 2 muka dan dan serampang 2 mata.. seramai 9 orang pelakon teater yang terdiri daripada remaja dan kanak2.. best2..nasib baik ana berjiwa sastera sket :)

teater ini mengisahkan tentang angin,awan, matahari, ribut, hujan dan manusia.ciptaan Tuhan ini memeng unik dan ada kelibaihan masing. manakala manusia pula cenderung memilih apa sahaja demi kepentingan diri sendiri. sikap manusia yang tidak berprinsip dan hipokrit. em sedikit sebanyak mengajar ana..

Angin: watak utama.merasakan dirinya diperlukan oleh semua. siang dan malam.namun dibidas bila dikatakan diringan khabar angin dan fungsi dianil alih oleh penghawa dingin.ada bapa saudara dan kerabat; ribut, puting beling dan taufan..

matahari : merasakan dirinya terbesar dan terpenting. dibidas oleh semua kerana mengakibatkan kemarau dan panas.

Awan : watak tergagap2 dan unik kerana bersederhana.. memerhati setiap masa siang dan malam, mendapat sokongan dari hujan..

Hujan : watak gemalai dan besetongkol dengan awan, ribut,dan angin..manusia memanggil hujan bila kemarau.. dibidas kerana mengakibatkan banjir

Ribut : wujud di plot akhir meniupkan semua manusia dan menyebabkan kemusnahan harta benda.


ape yg pasti ciptaan Tuhan ini membawa pelbagai kemudahan buat manusia. tatkala Allah menimpakan musibah kepada manusia supaya mereka berfikir di sebalik kejadian tertentu. Masya Allah.. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa :)

syukran buat encik fathan dan adik2.. ana berasa seronok sekali. ini pengalaman yang menarik. seronok dapat berkongsi kasih sayang di saat2 akhir ini. sampai di rumah ana tersenyum memandang awan dan menghidu deruan angin. teringat pula kata2 encik fathan;
" kenapa muka pai nampak berseri2? adakah kerana ayat2 cinta?"
ana tersenyum dan berlalu. mungkin dia nampak ana tersenyum tapi sebenarnya tersiratnya terlukis hiba dan duka di hati ana~ hihi yang pasti ana da bole senyum.

Nov 8, 2008

tipu

ana hepi. ana hepi. ana hepi.

ana tipu.ana tipu. ana tipu.

ana resah.ana resah.ana resah.

ana nak bagi peluang kedua dalam hidup ana!

this is Paisyahira.I deserve to smile, hereafter.

i am trying to get back my smile. i have to.

i am ok right now.

i wont lie to my self anymore!


case closed!!

end.

Oct 31, 2008

PURDAH : purfurdahfah

" Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu,
jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu "





Purdah Antara perbandingan hukum.


Oleh : Dr Yusuf Qardhawi

Ulama ada berpendapat wajib dan ada juga yang berpendapat harus. Kadangkala ketidakmampuan kita menguasai al quran dan as sunah terpaksa merujuk kepada tulisan ulama'. Maka ada yang berpendapat wajib dan juga harus. Penilaian kita selaku golongan muttabi', iaitu golongan yang mengikut dalil, bukan individu tertentu seperti muqallid.

Ada dua pendapat; pertama menyatakan bahawa purdah ini adalah satu rekaan yang dimasukkan ke dalam Islam. Bagi mereka purdah ini adalah bid'ah, iaitu setiap perkara yang tidak datang dari Allah dan Rasul SAW. Berlawanan dengan pendapat ini, ada yang mengatakan sesungguhnya purdah adalah dari Islam sendiri. Mwnutup muka adalah kewajipan agama yang tidak harus dianggap sambil lewa. Jangan kita musykil, saya akan terus perbahaskan benda furuk ini. Yang penting, metodologi kita bersumberkan Al Quran dan As Sunah. Mengimbangi antara nas yang cabang dan maqasid kulli, tujuan syarak yang menyeluruh. Kita harus berfikiran lapang dalam menerima dan melihat dalil setiap ulama'.

Ulama secara asas, berpendapat masalah ini merupakan masalah khilafiah, menimbulkan keraguan dan pertikaian yang tidak mempunyai nas yang tepat. Ulama' berselisih dari zaman silam hingga ke hari ini.

Asal masalah adalah dari Firman Allah yang bermaksud " Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya" Surah An Nur.

Diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud, yang dikatakan dengan perkataan 'ma zahara minha' ialah pakaian dan tudung. Sebelum itu, jilbab menurut bahasa arab ada 3 pengertian:

1. baju yang menutup seluruh tubuh.
2. pakaian perempuan bahagian luar jika dipakai 2 lapis.
3. tudung yang dipakai oleh perempuan.
(lihat mu'jam asasi arab)

Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas menafsirkan 'ma zahara minha' dengan makna celak dan cincin. Ibnu Abbas juga mengatakan bahawa bahagian muka dan tapak tangan. Begitu juga dengan riwayat Aisyah dan Anas b Malik berpendapat begitu.

Mereka juga berselisih dengan pendapat apa yang dikehendaki 'melabuhkan pakaian' sebagaimana dalam surah ahzab ayat 59. Apa yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas adalah berlawanan berkenaan dengan penafsiran ayat 'ma zahara minha' tadi. Beliau menafsirkan bahawa maksud melabuhkan pakaian adalah dengan praktikal, iaitu menutup muka dan kepala dan mendedahkan mata kiri!

Ikrimah menyanggah pendapat ini. Beliau menyatakan maksud adalah menutup bahagian lekuk dibahagian atas dada, tempat dimana rantai dipakai dengan tudungnya dan melabuhkan sehingga menutup bahagian lekuk tersebut.

Said b Jubair menyatakan tidak harus bagi wanita Islam dilihat oleh lelaki asing melainkan ia memakai tudung kepala yang disertai dengan kain penutup muka, purdah.

Antara ulama' yang bersependapat muka dan tangan bukan aurat dan tidak wajib menutupnya adalah Dr, Yusuf Qhardawi, Syeikh Nasirudin Al Bani, kebanyakan ulama di Universiti Al Azhar dan ulama' kebanyakan tempat.

Ulama Arab saudi dan sebahagian negara teluk tidak sependapat dengan pendapat di atas (wajib menutup muka) antaranya Syeikh Abd Aziz b Baaz. Juga ulama dari Pakistan yang terkenal, Ustaz Abu Al A'la Al Maududi serta Prof Dr, Muhamad Said Ramadhan Al Buuti. Juag terdapat risalah yang dan fatwa dikeluarkan dari masa ke semasa yang menentang dan menyebut keaiban mendedahkan muka. Mereka menyeru memakai purdah dengan nama iman dan agama.

Maka apabila seseorang perempuan mengambil pendapat ini, serta mewajibkan dikalangan mereka menutup muka, maka bagaimana kita mahukan wajib beramal dengan pendapat lain yang dianggap silap(tidak wajib menutup muka) sedangkan kita mengetahui perkara ini merupakan khilafiah. Mereka menghukum golongan yang tidak beramal dengan pendapat lain sebagai berdosa dan fasik sedangkan ia adalah perkara furuk! Menjadi kewajipan kita adalah bersikap berhati-hati dalam perkara agama dan apakah elok jika seseorang mempertikaikan pendapat lain sedangkan ia bukannya perkara usul. Lainlah jika seseorang tidak memakai tudung, itulah yang sepatutnya ditentang!

Tiada ulama mengatakan memakai purdah adalah haram, maka harus seseorang memakainya tanpa ada prasangka buruk ke atas individu tersebut. Menjadi hak seseorang untuk memakai purdah atau sebaliknya. Memakai purdah tidak melanggar kewajipan dan tidak memudaratkan orang lain. Adakah kita menyebut kesalahan mereka yang memakai purdah sedangkan terdapat sekeliling kita yang tidak menutup aurat? Sedangkan kita mengetahui bahawa menampakkan tubuh badan, tidak menutup selain muka dan tapak tangan adalah pengharaman secara ijmak menurut syariat.

Adakah purdah wajib?

Perselisihan ini memang tidak dinafikan wujud. Kadangkala bersikap syadid dalam perkara agama menjadi keruncingan perselisihan. Tetapi secara mudah, kenapa kita mempertikaikan orang yang memaki purdah, kita mengata sedangkan ia adalah khilafiah dan hak individu, maka mungkin kita mendapat dosa. Tetapi jika kita menegur orang tidak memakai tudung, ia adalah perkara disepakati dan usul, mungkin kita mendapat pahala dengan menegur.

Jumhur Mazhab dan ulama' bersependapat aurat adalah keseluruhan badan kecuali muka dan tangan. Kedua perkara ini adalah bukan aurat. Ibnu Marzuk berpendapat bagi mereka yang cantik dan boleh menimbulkan syahwat, sunat menutup muka. Ini bersandarkan perselisihan sama ada wajib wanita menutup atau wajib lelaki menutup penglihatan, menghindarinya. Kesimpulan, jumhur mengatakan aurat wanita adalah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Dalil : Surah An Nur ayat 30 dan 31.
: Hadis Rasul SAW yang bermaksud " Tidak harus bagi wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat melainkan bahagian ini,sambil Rasul SAW memegang bahagian tengah lengan ( had aurat dalam hadis ini menunjukkan dari tengah lengan tangan hingga jari bukannya dari pergelangan tangan).
: Dalil yang menyuruh menutup belahan leher bukan menutup muka. Surah An Nur ayat 31.
: Dalil perintah supaya lelaki menyekat pandangan mata An Nur ayat 114.

dan beberapa hadis yang berkaitan dengan tidak wajib menutup muka.


Dalil mereka yang mengatakan purdah adalah wajib.

1. Surah Al Ahzab ayat 59 berkaitan ayat jilbab.
2. Tafsir Ibnu Mas'ud berkenaan firman Allah dalam surah An Nur 31. Yang menyatakan wajib.
3. Surah Al Ahzab ayat 53 berkaitan belakang tabir. Termasuk bagi mereka memakai purdah.
4. Hadis Aisyah yang mengatakan melabuhkan tudung hingga menutup muka.
5. Saddu Zaraii'ah. Menyekat jalan yang mengundang dosa.
6. Uruf sesuatu tempat. Wajib bagi mereka menutup aurat.

Secara akhirnya, jumhur ulama' yang menyatakan menutup muka bukan wajib adalah diterima namun disana tidak memperkecilkan golongan yang mewajibkan memakai purdah. Namun ada beberapa perkara penting yang perlu diingat:

1. Mendedahkan muka tidak semestinya seseorang wanita memenuhinya dengan make up atau berbedak-bedak.
2. Pendapat tidak wajib tidak semestinya purdah tidak harus. Sesiapa yang ingin berpurdah, tidak menjadi kesalahan bahkan digalakkan apabila ia adalah cantik dan boleh menimbulkan fitnah.
3. Antara menutup dan harus melihat bukan seiringan. Pandangan pertama sahaja yang diharuskan sekali pintas. Tidak ada pandangan kedua dan seterusnya.


Kesimpulannya, Islam adalah agama yang mudah dan tidak menyusahkan. Hukum mendedahkan dan menutup muka adalah perkara khilafiah. Perkara khilafiah tidak boleh diperbesarkan dengan golongan pertama menyalahkan yang kedua dan sebaliknya. Tidak salah seseorang wanita ingin mendedahkan mukanya dan dan begitu juga menutupnya. Tetapi menjadi kesalahan golongan yang berpurdah menyalahkan golongan yang bertudung tidak berpurdah dan sebaliknya dengan alasan 'tidak boleh masuk dengan masyarakat'. Menjadi titik penting dan benda yang sangat perlu difahami oleh seluruh masyarakat agar tidak memperlekehkan sesebuah golongan yang lain.

Lebih menjadi kesalahan apabila golongan yang berpurdah memaksa golongan bertudung tidak berpurdah supaya berpurdah. Dan lebih menjadi kesalahan dan amat malang sekali, apabila sesetengah pihak memaksa golongan berpurdah supaya menanggalkan purdah dengan alasan memudahkan urusan, menyesuaikan dengan suasana dan lain lagi.

Memaksa dan meminggirkan golongan yang berpurdah oleh golongan yang bertudung tidak berpurdah dan sebaliknya adalah dua perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Bahkan memaksa golongan yang berpurdah menanggalkan purdah terpengaruh dengan fahaman sekular! Kenapa tidak dipaksa golongan yang tidak menutup aurat, adakah mereka ada kebebasan individu? Golongan berpurdah dan menutup aurat tidak ada kebebasan? Dimana timbangan keadilan?

Secara rawak, mereka yang mengatakan aurat tidak wajib adalah menyimpang dari perbahasan usul sedangkan purdah sudah khilaf, inikan pula benda yang sudah menjadi nas syar'i di dalam AL Quran dan As Sunah hendak diperlekehkan dan dipermainkan. Adakah kita menyokong golongan ini!

.....................................................................................................
JUSTIFIKASI

dah lama isu ni bermain dalam benakku tapi tiada penyelesaian..dan bagi ana menggunakan ijtihad ana sendiri, ana punyai justifikasi purdah buat ana:
  • ana ni perantau.. sering bermusafir sendirian ke sana ke sini.. Maka purdah ini mungkin sesuai buat ana.
  • purdah ini ana perlukan ketika ana bersendirian demi keselamatan.
  • Diam dan mata yang cekap lebih baik buat ana..



purdah ON OFF


  • walaubagaimanapun ana mengecualikan pemakain purdah apabila ana keluar bersama famili, adik2, teman2 kerana ada mereka disisi ana..
  • ana juga kecualikan diri ana berpurdah apabila ana sedang bertugas, pembelajaran dalam kampus, atau dalam rutin amal ( kalau tak nanti menimbulkan persoalan di beak orang lain dan berkelakuan aneh serta ganji ;)..kang lari laa pulak!!)
  • da atas budi bicara suami ana kelak.Jika ana berkahwin di dunia ini, maka atas budi bicaranya. kalau diizinkan dan digalakkan, ana berpurdh. jika tidak, ana redha :) sebabanya ana sudah ada pelindung kelak bile sudah bersuami.


CARA PEMAKAIAN


hehe.. stylo mylo.. ;)sendirian idea bagaimana rupa rekaan ana asalakan ianya selesa..sebabnye ana yang akan pakai bukannya aorang lain..
.: Insya Allah tunggu satu saat ketika bila ana sudah bersedia dan membuat persiapan nanti :) sila berikan ana sokongan.jangan lak kutuk ana koya ke poyo yopoz.. hohoo

Oct 30, 2008

derau exam! dubb dabb..

Hari ni ana bejubah pink purple melangkah ke dewan exam dengan separa yakin.sambil membaca ayah amanah tok guru untuk mengurangan dubdab dub dab,tetibe telihat kelabat encik zuhud di sibuk bersama angkatannya. alamak. berderau kejap.

ana pusing jauh sket mengambil lokasi strategik untuk mengmabil masa bertenang..
"
dalam hati maninggel le aku tak prerare ni" tapi alih2 cik senget berpaling dan senyum,
"
ei kak pai, kalau tak dapat A issues tak tau laa..mesti leh jwb sbb nye ader org kt depan tu.. " wei nana sempat lagi kenakan ana.. ana tersenyum dan pukul2 manja dengan plastic ruler kat blakang nana..wei agak2 la nana senget!

tatkala si gile and si buntal sdg leading kat depan kat stage..kobol lak sebelah buntal. hoho ;) konperm A++ mereka! ana mulakan bismallah 41 kali and doa penerang hati..buka kertas issues, pergh... bole tahan! susah beb.. true or false 50 questions.. confuse ana..asyik true je... bilemase falsenye? koya confident jap.. then ana bukak part B aiyoo.. alih2 terpandang isu Plihan raya ke 12.. and drug trafficking. memang best r ana goreng.. hehe bab2 politik mmg best dan ditambah pengalaman pertama ana sebagai pengundi muda.. itu belum di goreng bersama adunan live scene di permatang pauh..memang best2.. isu drug courier melibat wanita malaysia..mmg mengahangatkan skema jawapan pai syahira.. penutup esei ana bg dalil naqli..skali skale kena gak bg ayat Quran :) harap2 cik linda paham.. mesti gelak sinis tengok ana bidas hujah ttg isu magsa wanita dadah; umi azlim, raja munirah dan ruzana zubir..

em pendek kate..daripade blank kejap..terus ader nur jawab issue.. bes2..mintak2 paper lain boleh dapat ketenangan jawab finale.. selesai letak pen, encik zuhud dengan muka comel da berbahasa isyarat menghampiri dan bertanyekan ana.."pai bloeh jawab? " ana dengan senyuman sederhana ( betui) mejawab.. hehe ana mengangguk bole.. insya Allah. hehe ape laa pai ni? narut dan kesengalan tahap gabah seyh.. berpaling di belakang.. cik lina izmira sengeh kat ana.." suka laa tu kak pai dapat cakap ngan dia " wei mane ade.. tak suka laa.. gumbira jep :p berkat sokongan seorang mualim kepada student laa.tak baik tau bersu'uzon dengan ana.. walaupun sbnrnye..yea!

alkesahnye..cik june (buntal) dan za (gile) tubik awal..mmg bole jawab tu..tapi ade insiden sedei..hebat, encik zuhud berjaya mengantoikan student yang bawak toyol ke dalam dewan.. apelaa antum ni.. ana yang tak prepare ni takde laa sampai nk bwk jin dn toyol.. agak2 laa wei.. berdosa.. mmgla cemerlang kat dunia.. tp terkandas di akhirat.. buat student yang kantoi.. kesian..simpatilah pada dirimu sendiri..untung2 tak kena gantung sem! jujur dan ikhlas untuk berkawan dalam menimba ilmu..

bagi ana alhamdulillah, keberkatan hari ni dari keberkatan doa ummi, ibu tiri, adik2 dan masi dan shbt2.. em dulu arwah farham slalu wat ayat cam ni..
"
alhamdulillah, berkat rezekei dari Allah,berkat restu ibu bapa saya, berkat tunjuk ajar guru, berkat bantuan dan dorogan kawan2.. alhamdulillah!.."
dan ana slalu tersenyum dan jawab.."
Am ni, brapei kali berkat da...?" hehe itu cite 5 thun lepas.. tp kata2 masih terngiang2 di cuping telinga yang tebal babil ni.. :) kalu dulu setiap kali exam pasti arwah tiupkan kata2 sebangat dalam jiwa ana.. Am, i really missed u!! al- fatihah.

tubik dari dewan bendahara..ana merendek ngan nana si senget di bangunan akademik..nak melantak, ana berpuasa..hoho.. so ana merayau2 melihat carry marks.. hancus ana.. aperla.. kupik gak lecturer sekarang.. aoiyo kena betungkus lumus laa malam ni cover final esok..

sampai di kamar za.. alamak.. lapau laa pulak, teringat lak kat anta.em mesti da makan agaknye.dia da lupekan ana di perntauan.. takpe2..sahabat leh berdoa dari jauh.. em best nye nak makan.. bebudak nad, awin, mesa, cak kat bilik sedang melantak maruku yang masi ana buat..hahaa.. best2 kalau lapar camni mengeyangkan perut yang berzapin dgn maruku asli keluargaku..em tapi ade cite di sebalik kebahagiaanya ana jawab paper issue, adelak yang sedih.. sian messa, dia teresak2 nangis kat bawah bantal, katenye takleh jawab isue. alamak!! kalau dia tak leh jwb.. ana lagi lah .. td semuanye ana gune prinsip al_tibai... hihihi.

fuiyohh~ leh bertahan tak ni sampai kul 7pm? nak mamam.nak mamam! lapau la.. nak ummi suap ni..kalu tido mugkin bole lupekan kesengsaraan.. em nmpak gaye tido dulu baru bangun lepas asar nnt study advertising..

salam perjuangan finale buat semua.. jgn jd mcm ana..dasar pemalas tahap dewa langit sakti!

RAJUK

:) senyuman untuk nukilan ini sebab kena depuk atas muka ana sendiri.

ni first time dalam hidup ana
ada orang kate ana kuat merajuk
aisseh.. slame ni ummi je kate ana..
"pai Namjuk laa tuh..." ( pai sedang merajuk)

tapi basanya rajuk ana takan berpanjangan
ana akui ana ni cepat sensatif
tapi ana da biasa sensatif sendirian
dari kecil sampai ana anak dara
rajuk ana berbantalkan lengan
didinginkan tangisan air mata
yang pasti tawa, bersin dan snyuman
bisa memcahkan kesunyian..
apapun ana udah biasa dong..
merajuk tanpa pujukan sesiapa

ana ni tidak penting untuk sesiapa..
kerana selalu jadi no no 2,
dalam hidup umi ana pun, ana no2
dalam hidup abah pun, ana no2
dalam hidup arwah farham, mungkin no 2
dalam hidup sesiapa jua laa..ana no 2.

ana tidak ambil peduli
kecuali dalam hidup ini satu je..
satu je ana tidak akan merajuk
Yakni Tuhan yang Agung..
ana tidak pernah merajuk dengan Tuhan
Kerna setiap kali ana merajuk dengan Insan,
Tuhan lah teman berdialog ana
OST ayat-ayat Tuhan bisa memujuk ana
Kalimah keramat pencipta menguatkan ana!

Namun ana begitu gusar kalau-kalau..
kalau2 Tuhan merajuk dengan ana!
Janganlah engkau merajuk yaa rabb
Kerana rajuk mu buat aku tidak keruan..

Biarlah aku merajuk pada 1 dunia,
Janganlah Engkau tinggalkan aku,
Andai aku hilang 1 dunia pun,
ianya lebih baik daripada tanpa Engkau!

Hati yng berdarah ini perlu dicuci dengan antiseptik Kalam Quran, disapu gamat Istigfar.. tiup sket.. takpe2 jap gi elok laa.. ade parut tu biasala memori je.. :)

abaikan saja..pai kan hati kering??
:) rajuk itu sifat mazmumah pai syahira yang jahil.

Oct 23, 2008

Virus

saat ku uzur diserang virus dan longlai, ana ditemani rakan2 akrab yang mengunjugi kamarku dan menghantar juadah.. sayu hati ana melihat pabila jun dan za mendaki tangga :)

hari pertama, mereka menghantar nasi, sayur kubir dan ayam rendang
hari kedua, nasi serta ayam goreng dan sup sayur kentang

nana memberikan pelukan mesra di tepi tasik,
dz mengusap dahi ku.
cak menanya khabar ku.
nadia jua menyentuh dahi ku.
dan uncle ben jua bertanya khabr dari jauh.

dan bila hari ketiga.. hehe alhamdulillah ana da sehat. terima kasih atas keperihatinan kalian

sesungguhnya penyakit itu adalah kafarah dosa ana :) semoga derita sakit itu dapat menghapuskan dosa-dosa silam ana yang lalai lagi hina ini.Aaaminn..

Hujan

bau hujan sungguh indah
deruan angin yang menari
paluan kilat di angkasa
dingin di badan gusar di hati
dan bilaku lihat langit
teringat pesanan arwah
" berdoalah ketika hujan
antara doa yang mustajab"
doa ana buat ummi,
Moga Allah lindungi ummi
dan bahagiakan hidupnya.
selamat hari lahir ummi.
selamanya pai puteri ummi.


Rindu lagi !
~ al -fatihah buat yang tiada~



p/s : tapi kan kalau hujan tak brenti2.. banjir la.. time ni JKM kena turun padang bersama2 bagi membantu mangsa banjir. membanting tenaga demi kesejahteraan rakyat.. :) teringat lak team bantuan bantuan mangsa banjir.. kak huda, kak ana, kak fiza, kak aifa, bos puan azlina, amer, dhamiri, edan, aswad, abg safri, ayah mat, kak nadia,kak eli.. merase masakan dalam rice cooker bersama.. dan lepak bersama beras serta tin biskut.

The power of sms

" wording is nothing, but the person is something, isnt't it right ? "

wow.. kedu kedan.. sedu sedan.. memang segan. tatau nak ungkap ape..tetibe speachless kot..

bagi ayat style dalam gini lemah laa ana.. hanya mampu diam 1000 bahasa, senyum pengubat jiwa. sumpah wei lepas ni tamau maen ayat2 dalam. ana yang ditelingkup dengan pelbagai persoalan!

Oct 21, 2008

tasbih usang

hari ini ana kongsi tasbih usang ana dengan seorang gadis istimewa di hati ana. biarpun tempoh pengelanan yang singkat, ana lihat gadis ini udah menucuri perhatian ana. berpewatakan sederhana dan keimanan yang kental, rauta wajah yang tenang, alunan langkah yang waspada, bual bicara ang penuh hormat, dan redupan mata yang malu membuat ana sering tertanya siapa2 dia.



ana kenali dia di RKKTAF. tempat kashi sayang ana untuk semua warga di situ bersemi. tempat jiwa ana berbicara dengan dunia..namanya nabihah. orangnya siqah. ana sudah mula sayang padanya. dia sedang diuji oleh yaa Rabb.

yang terindah pabalia ana mengajar dan berkongsi ilmu dengan calon 2 pmr di home. ( nabihah dan rakan2 : zuraidah, quraisayh,murni,ketty, echa, marziana,azalizah, atiqah,kencana dewi :) ) dia kelihatan seakan2 bersemangat dengan kehadiran ana. senyumannya tembus di sanubari ana. ana begitu terharu bila dia memohon ana untuk solat hajat dan alat tulis nya sekali.. hihi teringat akan abah ana yang solat hajat utk alat tulis. hihi. dan sekembalinya aba di kampus. ana rase rindu padanya. rasa kasih pada nya. dia mangsa teraniaya oleh wali mujbir. dia begitu tabah.

Dan tadi bile ana bersamanya, ana terhibur.. hih dia juga membuat ana mengalirkan air mata pabila dia berkata " kak,ore teringat ko kak setiap kali jawab 9 kertas. kak ore nok tepon kak tapi ader skeling samah (rm 0.50) jah..ore tepon umi ore, tapi mmg ore rindu ko kak..ore segho kak panggil ore dan paling dengar soro kak. " sedih ana.. benarlah gelombang arus rindu ana sampai padanya.

sebelum pulang ana sarungkan gelang tasbih ana padanya. kata ana" kak tak mampu nok wi hadiah ko adik, tapi ni buah sebeh (tasbih) kesayangan kak. kak harap adik guna dan jago molek"

kini tasbih ana sudah menjadi miliknya.semoga deruan zikir itu mengubatkan deritanya dan kalimat suci itu sampai kepada Ya Habibi. kepada Nabihah " ana sayang enti".. moga kita bisa bertemu di syurga..

tasbih usang itu banyak kenangan dengan ana.menemani ana tika susah nak senang. deruan alunan memuji pencipta setiap kali nanbermusafir dan ketika beperang dengan kesakitan. tidak lupa juga semasa memuji kesyukuran terhadap Yaa rahman..kini ana sedang mencari tasbih baru. tasbih itu akan ana kenang sebagai nostalgia diri ana.

selesai menghadiahkan nabihah tasbih kesayagkan ana, ana melangkah pulang. em mencari kelibat seseorang sebelum peergi. ternanti di surau dan ana lihat kelibatnya menjadi makmum di dalam saf bersama adik-adik. yea. dia sedang berbicara dan bertemu dengan Penciptanya. Hamba yang zuhud serta mengaku kekurangan sifatnya. berbaju kemeja jalur2 dan selesai solat bertemu ana di bawah surau. Masih basah raut wajah anta dengan wuduk itu. Ana tertawan dengan sifat sederhanamu.semakin sayang padamu wahai muhammad amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...