Dec 30, 2010

Alhamdulillah

salam.

Alhamdulillah..
untuk semua yang Allah anugerahkan buatku.

terima kasih Ya Allah
:)

Oct 25, 2010

formspring.me

Ask me anything http://formspring.me/paisyahira
Setiap persoalan anda akan dijwab dengan tulus dan telus. .
huhu :)

Oct 16, 2010

Ayah saya ayah awak (:






sayu mendengar lagu ini, apatah lagu ini dinyanyikan oleh ayah. SELAMAT TINGGAL BUNGAKU, mengalir air mataku :) apabila suaranya sayup di telefon. Ayah menyayi dengan penuh perasaan dan tulus hatinya hanya Allah yang tahu.

kasih nya kepadaku seperti anak sendiri walaupun istilahnya bakal menantu.
Terima kasih , ayah. walau pun abah pergi sudah 8 tahun, tiada penganti namun kini aku menumpang kasih ayahmu. sakit peningku, kegembiraan dan kedukaanku semuanya dikongsi dengan ayah mu. katamu, " ayah saya, ayah awak" terima kasih. sekalipun aku jika aku bukan ditakdirkan bersamamu, aku tetap menghormati dan mengasihi ayah dan ibu mu. aku percaya, jikalau kamun tua nanti pasti tak tumpah seperti ayahmu :p hayati lirik lagu ini penuh tersirat :)

Oct 9, 2010

Teacher Pai Syahira

Cikgu.. oh cikgu ~

" suka betul cubit pipi cikgu, tembam!"

Hehehe aku tersenyum sinis kepada Athirah, dalam hati berani betul budak ni cubit pipi cikgu Mathsnya.

" cikgu, suka tengok muka cikgu. Macam arwah kakak saya, dia meninggal 3 bulan lepas"

Er, kali ini aku tidak terkata. Kalau dia rindu kakaknya tataplah wajah ku, andai bole menggembirakannya.

" Bila kita nak main bowling lagi cikgu? "

Yer, minggu depan yea. Doakan tidak menyorong ke longkang yea J

" Cikgu, Bagi lah kerja sekolah banyak lagi. Kami suka!"

Sejak bila diorang ni suka kerja rumah banyak- banyak.. pelik bin ajaib betul.

" nak baca sifir lagi dengan cikgu, boleh? "

Hihihi Silakan!!

" cikgu, rindu "

Yup tq rindu saye :p

Memori menjadi guru ganti. Sungguh indah dan mencabar

Oct 6, 2010

Sifir

Salah satu tips untuk cemerlang matermatik adalah memahirkan diri dengan sifir. Maka dengan rasa prihatin kepada para pelajarku, Cikgu Pai menghiaskan sifir ini dengan harapan agar semua pelajarku menghafal sifir. Teringat zaman bangku sekolah ku tag pai Penguji Sifir.Harap alternatif ini diberkati :)


Selamat menghafal ;)

Sep 24, 2010

how to be an extravaganza mata air


How to be a good girlfriend:

How to treat your Special one well?? Woo.... hehhe those are my skills to win his heart. If you treats him well, your relationship will be meaningful to ur life. Hehhe hope it will be everlasting and will end to the Jinjang pelamin. All of U guys may use it some of them but not all k.otherwise u will be the trouble maker in the relationship.
1. Love him as he is not who is he. Hehe. Example : hehehe biarpun dia bukan Hitric Roshan or Brad Pit; katakan lah “ Sayang paling handsome tau “. Actually he has a hansome heart to me.
2. If he is too Rendah Diri with u, encourage him to be better. In other words topup kelemahan dia dengan kelebihan yang dia ada.
3. Dont highlight his weaknesses. No one is perfect in this world. Give him SWOT analysis. Hahaha. I did. So he will know how to upgrade himself. And one more dont compare him with others. Accept him for who he is.

4. Support him in his carrier. If he is too stress with his work, find any good solution to make him feels stable. Contoh: dont sms while he was too bz. Just send him short sms “ Salam. Happy working my dear”

5. Be Manja with him but not gediks. You can show your love with him by your own style. Take care of him and caring with sincerity. He will open his eyes to u. Keep on smiling to him eventhough u are not preety. Hehehe when u smile u will b pretty tau!
6. Remember! Man loves to be pampered. Yeah.. thats the fact.heheh admit it. Lelaki suka dimanjakan” so u girls should know how to tacle your sweet heart. Maybe depan kawan2 dia, muka cengengeng garang ego sikit, but only in front of u, he will show his love. Haihh, yang ni memang kena sabau---àsaya kenal sayang saya.

7. If you are in the middle of crisis, u still to have treat him
well. Please girls, dont menyumpah2 what giving vulgar words to the one u love most because of mistakes. Still be nice but behave.
If u tak sabar sangat, u diam at the moment. Let the time decide your feelings. Otherwise you can request tempoh bertenang with him okkey, fine!!
8. You have to be honest with your Hero. And Trust your Hero. Dont lie and pretend yea. Hehe insya Allah he will be himself to you.

9. You can be jealous but please dont put any doubt to your love towards him. Heheheh fuh, tempias... what was past is past.hehhe kurangkan mengungkit.( still boleh sikt2, bagi dia ingat)
10. If he loves u, he will bring u to meet his parents and family. So treat them well. If some of them dislike or dis agree with your relationship, just ignore it but still treat them nicely. By the time, people will change perception toward u. All u need to do is be Patient and cool. Remember, jgn burukan any members of his family side. Put respect and love them as well.

11. Sometime, your sweetheart will invite u to hangout with his friends . so join je the club, and dont judge his buddies. But u will figure out who is around with your bf.hehehe if he nak curang pun nnt cepat kantoi.
12. Educate your relationship to the purpose of marriage. In Islam, marriage is hapiness to expand the dignity. So he will prepare to lead you J and prapare duit au kahwin laa..

13. Know your bf well. His Solat and religion. His love to his pa
rents and family. His works. His favorite.his fasion.his passion. All about him. U also have to practice Islamic value with your partnes. Contoh : pergi solat kat masjid sama2.. iftar sama2.. best.. the best things was.. we went to pay zakat together every year. Memories yea!!

14. Spend your precious time with him.go dinner n watch movies. Haa this can strenghten the mutual understanding between u and a prtners.you can express your opinion regarding the movie.
15. Encourageand support his interest.If dia kaki pancing.. go and accompany him.insya Allah u will can learn something about fishing. and u can learn his character indirectly. If dia suka bowling. Pegi main boling. Hehhe =)


16. Em important part, bring him to meet your parents. Like me, i bring him to the Muslim graveyard because my father had passed away. Hehehe if he tak kekok bersihkan kubur father u, kira ok la..

17. Girls love shopping. He will follow right?but jangan minta benda bukan2 from him. If he can afford it, yes u may. Otherwise biar dia belanja time da kahwin. But smetimes If he ajak u teman pegi mana2 pegi je.. i penah teman dia gunting rambut. I tak kisah sebab dulu selalu teman arwah abah gi guning rabut.
18. Be tolorate. If belanja, jagan bagi semua bf belanja. Sometimes girls also can belanja gf.. nnt da kawin susah.. kena belajar sharing tau..erk.. i makan banyak, so u makan sikit. Hehehhe

19. Share your life with him. Ok like me, i lke like to spent my time at the old folks home n welfare home. Sometimes ask him to go with u. If he willing to do so, he a nice man. Heheh i did before. We went to Rumah Orang Tua Bangau Tanjung. He enjoyed there.. hehe tetiba teringa his word” hee.. kalau orang tgk mesti terkejut.. orang paling jahat kat kampung pergi lawat orang tua kt rumah org tua”


20. Finally, respects your boyfriend. Jangan masa bercinta sahaja kentut bau wangi. And bila gaduh2 terus benci. If u respcts him, he will love u. trust me. But if tiada jodoh, respect him as friend.

So guys..doakan to both of couples to be well protected by Allah, di murangkan rezeki, dipanjangkan umur dan dipertemukan jodoh serta disatukan.aamin. if ade jodoh tak ke mana..

Aug 22, 2010

Anggaran Belanja Perkahwinan

Memandangkan kos sara hidup meningkat sekarang, semua barang pun mahal, maka agak berat untuk melangsungkan perkahwinan bagi yang berpendapatan sederhana seperti ku. Bila sudah ada calon, masalah besar nya duit untuk berkahwin.

Namun bagiku apa yang lebih penting adalah duit perbelanjaan selepas kahwin. Yela, kahwin bagai nak rak kemudia makan roti untuk setahun bila da over bajet. huhuhu =) tapi benar, jika nak buat makan kenduri sahaja sudah beribu. kalau gotong - royong di kapung mungkin boleh berjimat tetapi bila di bandar ni terpaksa la mengunakan khidmat catering. anggaran satu kepala RM 8.00, kalau jemputan 1000, tak ke memerlukan RM 8000. huhu al- botak laa kepala pengantin. termasuk kepala ku sendiri. Jadi aku cuba -cuba juga merisik tanya kawan2 anggaran majlis kahwin yang sederhana buat kenangan bersama pasangan. heee, nak mabil mudah majlis kad nikah sahaja dan tak perlu majlis.. hehehe tapi perlu menjaga hati semua pihak.

Tambah tolak, kalau nak kahwin sangat pihak lelaki kena ada RM 30,000 dan perempuan pula perlu ada bajet dalam lingkungan RM 20,000.Berikut adalah senarai ringkas; harapnya dapat membantu.

* Bajet di bwah adalah kulusan dari ummi ku.. hehehe masih boleh dikurangkan =)

Jul 2, 2010

give up

im done. im leaving. i'll be back soon :(
im trying to be OK eventhough i am NOT.

May 21, 2010

new start

salam buat semua.

sudah lama pai 'private'kan blog ini. sekarang sudah kembali. jadi sudah boleh berkongsi suka duka, pengalaman dan pendapat membina dengan semua. bukan sahaja tentang pai tapi tentang semua.
akhir kata, selamat berkongsi.
teruskan senyuman, upgradekan kesabaran

:)
pai

May 17, 2010

promo ;)


ingin mengetahui maklumat dan mendapatkan pelindungan insurans?

* sila hubungi Pai untuk khidmat nasihat secara percuma

013-6901055

pai_syahira@hotmail.com
pai_arihays4185@yahoo.com


"fahami dan nikmati faedah tabungan anda"

Mar 21, 2010

my name is Khan


ana baru balik menonton wayang dengan ibu tercinta, my ummi.
hehe selalu tengok wayang dengan buah hati, masa terluang perlu bersama bonda. ape yang menarik, ummi ana ni cuma nak tgk cita hindustan sahaja..cita lain dia kurang layang sket..hehehe :)

manakan tidak, nak tgk cita keturunan ummi la..hehe.ana pun layan sahaja. cuma sakit pinggang bila duk dalam panggung dekat 3 jam. apa yang ingin ana kongsi tentang cerita ini adalah tentang muslim dan keamanan sejagat. mesej cerita ni sungguh luar biasa. sangat menyentuh hati dan perasaa. bukan sekadar cerita hindi biasa yang nyanyi kat gunung-ganang dan tukar baju byk kali menari dalam hujan. kalu ade scene itu, comfirm laa air liur basi melekat kat seat wayang! hehe :p

cerita " my name is Khan, and I am NOT terrorist" agak unik bagi ana. sebelum ni slumdog millionaire pun ok. tapi cite ni memang real ape yang terjadi pada muslim di US selepas WTC diserang. again!! Muslims are not terrorists! please do not underestimate the word JIHAD. it is meaning ful and powerful as well..huhu :) Allahu akbar~

My Name is Khan ni logik and relevant. isu ini tempias di seratadunia, merpelekehkas muslim..yang best ending dia bila mr.president sendiri mahu jumpa khan :) hahah meninggel..

buat ummi, pai seronok kongsi cerita ni dengan ummi.. dan pai bangga ade gak darah khan mengalir dalam badan ni.. yea..i am part of pakistani :)hehe. ummi memang anak jati pakistan, biaepun sleng kelate tak hilang2 walaupun duduk di Kuantan almost 30 years..buat my Dadaji Gulam Yusuf Nadar Ali khan, al-fatihah.. Khan pun MUSLIM.

Feb 12, 2010

isu kalimah ALLAH

Pointers Larangan Penggunaan Kalimah Allah Dalam Penerbitan Agama Kristian

Apakah Latar Belakang Larangan Tersebut?

• Pada 31 Disember 2009, Gereja Roman Katolik telah dibenar menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mingguannya, Herald-The Catholic Weekly setelah Mahkamah Tinggi berpendapat bahawa setiap individu mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan kalimah Allah.

• Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa – Kuasa Khas), Datuk Lau Bee Lan ketika membenarkan permohonan tersebut berkata Gereja Katolik selaku pemohon mempunyai hak untuk berbuat demikian di bawah Perlembagaan Persekutuan.

• Kementerian Dalam Negeri bagaimanapun telah memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tersebut serta memohon penangguhan pelaksanaan perintah yang dibuat oleh Hakim tersebut.

• Mahkamah Tinggi kemudiannya telah menangguhkan pelaksanaan perintah yang membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Herald- The Catholic Weekly, berikutan persetujuan Menteri Dalam Negeri dan Gereja Katolik demi kepentingan negara.


Apakah Alasan Gereja Katolik Menggunakan Kalimah Allah?

• Mendakwa mereka mengikut Bible. Bible dalam bahasa Melayu menggunakan kalimah ‘Allah’ sebagai terjemahan istilah ‘God’ dan ‘Tuhan’ sebagai terjemahan untuk istilah ‘Lord’.

• Mendakwa bahawa mulai awal abad ke-19, para penganut Katolik di Malaysia telah pun memiliki buku-buku doa dalam bahasa Melayu dan kalimah ‘Allah’ telah digunakan sebagai terjemahan kepada istilah ‘God’. Para penganut Katolik Malta juga menggunakan kalimah ‘Allah’ untuk merujuk kepada Tuhan dan demikian juga masyarakat Kristian di Indonesia, Pakistan dan Asia Barat.

• Mendakwa ayat-ayat al-Quran sendiri telah menunjukkan bahawa golongan bukan Islam juga telah menggunakan lafaz Allah.

• Mendakwa bahawa segmen (terjemahan) dalam bahasa Malaysia diwujudkan untuk memenuhi keperluan kepelbagaian etnik dan bahasa yang wujud di Malaysia sebagaimana yang wujud di dalam populasi penganut Katolik di Malaysia.

• Mendakwa kerajaan tidak mempunyai hak untuk campurtangan dalam urusan dalaman gereja berdasarkan hak yang diberi oleh Perkara 11(3)A Perlembagaan Persekutuan.

Apakah Hujah-Hujah Penolakan Alasan Pihak Gereja Katolik Dalam Penggunaan Kalimah Allah?

• Kalimah ‘Allah’ adalah kata nama khas berasal daripada Bahasa Arab dan ianya tidak boleh digunakan dalam bentuk atau makna-makna lain. Kalimah Allah adalah bebas daripada segi struktur nahu dan maknanya dari segala korupsi. Dari segi struktur linguistik, kalimah Allah lebih superior daripada apa jua perkataan atau bahasa dalam memelihara dan mempertahankan makna ke-Esaan dan keunikan Allah yang satu.

• Dalam konteks Malaysia kalimah “Allah” tidak diterjemahkan kepada bahasa Melayu atau bahasa Malaysia malah ia dikekalkan tanpa penterjemahan. Kalimah Allah di Malaysia adalah merujuk terus kepada makna yang terkandung di dalam Al-Quran tanpa pengubahsuaian pada lafaz mahupun maksud kalimah tersebut. Oleh itu kalimah ‘Allah’ tidak boleh dianggap sebagai terjemahan Tuhan dalam bahasa Melayu atau ‘God’ dalam bahasa Inggeris kerana ia adalah lafaz Bahasa Arab yang dikekalkan sebagai mematuhi kitab suci umat Islam yang telah membudaya dalam masyarakat Islam dan dimaklumi sebaiknya oleh bukan Islam di negara ini.

• Gereja Katolik tidak boleh membandingkan Malaysia dengan negara-negara lain yang menggunakan kalimah Allah bagi merujuk ‘God’ kerana setiap bahasa yang digunakan oleh setiap bangsa di negara tertentu mempunyai sejarah dan kebudayaan yang berbeza.

• Pihak Gereja Katolik tidak boleh membandingkan pihak Kristian Arab menterjemah Bible daripada Bahasa Suryani ( Syria/Syam) atau Aramik dan Bahasa Ibrani kepada bahasa Arab kerana bahasa-bahasa tersebut berada dalam rumpun bahasa yang sama iaitu rumpun Semitik. Adalah tidak rasional sekiranya pihak Gereja Katolik menterjemahkan ‘God’ dalam Bible Bahasa Inggeris kepada ‘Allah’ dalam Bible Bahasa Melayu.

• Menjadikan Al-Quran sebagai rujukan untuk menyokong alasan golongan bukan Islam menggunakan kalimah ‘Allah’ melambangkan kegagalan Gereja Katolik untuk berhujah berasaskan teks asal kitab agama mereka. Ia juga membuktikan bahawa mereka menggunakan Al-Quran sebagai sumber paling dipercayai untuk mengakui ‘Allah’ sebagai nama Tuhan berbanding berhujah berdasarkan perbahasan sejarah dan ilmu bahasa.

• Alasan penterjemahan kepada Bahasa Malaysia sebagai lambang kepelbagaian yang wujud dalam populasi masyarakat Kristian Katolik juga tidak boleh diterima kerana Bahasa Melaysia berasal daripada Bahasa Melayu. Istilah ‘Malaysia’ belum wujud ketika perlembagaan digubal. Justeru itu, peristilahan khusus yang menjadi syiar dan perlambangan kepada masyarakat Melayu Islam sudah tentu tidak sekali-kali boleh diubah konsepnya untuk diterap kepada satu budaya dan agama lain.

• Kerajaan telah diberi hak oleh Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 11(4) (untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganuti agama Islam). Peruntukan ini jelas menunjukkan bahawa menggunakan kalimah ‘Allah’ sebagai terjemahan kepada perkataan ‘God’ di dalam Bible adalah menyalahi undang-undang yang sedang berkuatkuasa di negara ini.Oleh itu, ia tidak boleh disifatkan sebagai urusan dalaman gereja.


Apakah keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan?

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-82 yang bersidang pada 5-7 Mei 2008 memutuskan bahawa penggunaan kalimah ‘Allah’ adalah khusus buat agama dan umat Islam sahaja.

Apakah pandangan Tokoh Ulama Luar Negara ?

Pandangan Wakil al-Azhar (Timbalan Syeikh al-Azhar) dan Ketua Lajnah
Dialog Antara Agama al-Azhar, Fadhilat al-Syeikh Abdul Fattah ‘Allam

• Beliau berpendapat bahawa tindakan kerajaan Malaysia menegah penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam adalah tepat. Ini kerana kalimah Allah tidak boleh disamaertikan dengan kalimah Rabb yang membawa makna Yang Mewujudkan. Sebagaimana maklum penganut bukan Islam menamakan sebarang Tuhan yang mereka sembah seperti batu, haiwan, matahari dan lain-lain sebagai Allah. Hal ini sudah tentu amat tidak wajar sama sekali dan menyalahi maksud kalimah Allah itu sendiri sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Qur’an dan Al-Hadith 21.

Pandangan Penasihat Undang-undang Kementerian Kehakiman Arab Saudi,
Syeikh Abdul Muhsin al-‘Abikan

• Beliau berpendapat bahawa pendekatan Kerajaan Malaysia ini adalah bertujuan untuk mengelakkan daripada penyalahgunaan nama ‘Allah’ melainkan hanya kepada Yang Maha Pencipta ( Tuhan yang sebenar ). Ia kerana terdapat agama agama lain yang juga menggunakan kalimah Allah bagi agama mereka sedangkan mereka adalah penyembah berhala, oleh itu nama ‘Allah’ tidak sepatutnya digunakan bagi menggambarkan Tuhan-tuhan yang selain-Nya.

Tokoh Pergerakan Perlembagaan Islam (Islamic Constitutional Movement)
Kuwait, Syeikh Abdul Hamid al-Ballali

• Beliau menyokong penuh keputusan kerajaan Malaysia untuk tidak membenarkan penganut bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagai panggilan bagi Tuhan mereka. Beliau beralasan bahawa keputusan tersebut amat signifikan bagi memelihara maksud istilah sebenar bagi kalimah Allah. Umat yang gagal memelihara istilah-istilah agamanya adalah umat yang leka. Sedangkan Allah SWT telah mengangkat umat ini sebagai sebaik-baik umat. Menurutnya lagi umat Islam perlu sedar banyak istilah-istilah yang berasal daripada Islam pada hari ini telah cuba dieksploitasi, disalahguna atau dipesongkan maknanya oleh pihak tertentu.


Apakah Kesan Negatif Sekiranya Penggunaan Kalimah ‘Allah’ Dibenarkan Kepada Golongan Kristian?

• Boleh menyebabkan ketegangan di kalangan orang Melayu kerana dianggap menggugat kesucian agama Islam kerana bagi umat Islam kalimah Allah hanya eksklusif untuk orang Islam sahaja.

• Masyarakat yang beragama Islam mempertikaikan keputusan Mahkamah Tinggi dan boleh menjejaskan kredibiliti Institusi Kehakiman Negara.

• Ia dianggap mencabar institusi beraja kerana Yang diPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu adalah merupakan Ketua Agama Islam di Malaysia.

• Sekiranya perkataan Allah dibenarkan dalam akhbar Herald The Catholic Weekly, maka agama lain juga akan memohon untuk menerbitkan kalimah tersebut serta kalimah-kalimah lain berkaitan agama Islam dalam penerbitan melibatkan agama mereka.

Kesimpulan


Berdasarkan hujah-hujah yang telah dinyatakan, tiada sebab untuk kerajaan membenarkan penggunaan kalimah ‘Allah’ kepada pihak Kristian. Malah keputusan kerajaan adalah selari dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang menobatkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan. Umat beragama di Malaysia telah sedia maklum bahawa sebarang isu yang berkaitan dengan Islam sama ada secara langsung atau tidak, seharusnya menghormati kedudukan istimewa agama Islam dan umat Melayu Islam di negara ini.

sumber:

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=5683&Itemid=

Itu ada artikel yang dipetik dari pmr. bukanlah menyangkal,namun ana ada pendapat ana sendiri. pendapat ini bukanlah atas dasar ana sebagai pelajar undang-undang. kita rakyat malaysia dan patuh pada perlembagaan Persekutuan.maaf jika bercanggah dengan pendapat orang lain. ana mungkin jahil tuki.namun bagi ana,penggunaan kalimah Allah bukan lah hak ekslusif orang Islam atau orang melayu, bukan hak mutlak kita. Allah adalah satu dan Esa untuk semua. tapi jika penggunaan kalimah Allah ini digunakan serta diperkotak-katikkan oleh orang bukan Islam maka ia bertentangan maksud ana. ini bukan bermakna ana bersetuju penggunaan kalimah Allah digunakan untuk menjatuhkan Islam. sebaliknya penggunaan yang betul dan menepati makna asal.jika difikirkan logik, sedia maklum bahawa hak raja dan Sultan dalam pentadbiran agama di negeri di mana raja adalah ketua agama Islam. contohnya, ana ana kelahiran negeri Pahang.penggunaan "Ya Allah, yang Maha Kuasa...." dalam lagu Negeri Pahang juga mengandungi senikata Ya Allah dan dinyanyikan oleh semua golongan tidak kira Islam atau bukan Islam. jadi, salahkah lagu tersebut dinyanyikan? ana bersekolah di SK P Methodist dan pelajar bukan Islam menghormati pelajar Muslim. dan memahami agama Islam. jadi sebagai muslim sejati kita janganlah cepat melatah dengan title muslim semata-mata :) maaf sekali lagi.


Jan 23, 2010

rahsia nama facebook II

Cinta pada pai syahira adalah :

P : Passion - Untuk mencapai matlamat harus ada keinginan dan kesung...guhan.
A : Alliance - Cinta itu lahir dari penyatuan dua hati.
I : Intelegent - Bijak dalam menentukan mana yang baik untuk si dia.

S : Survive - Untuk terus hidup memperjuangkan cinta yang dibina agar sentiasa bahagia.
Y : You - Apakah yang kamu lakukan untuk si dia?
A : Alliance - Cinta itu lahir dari penyatuan dua hati.
H : Honest - Jujur dalam percintaan.
I : Intelegent - Bijak dalam menentukan mana yang baik untuk si dia.
R : Responsibility - Dari keikhlasan, akan lahir rasa tanggungjawab.
A : Alliance - Cinta itu lahir dari penyatuan dua hati.

rahsia nama facebook I

Pai Syahira telah menyingkap rahsia namanya.

P : Anda seorang yang ramah dan mudah memahami.
A : Anda... menjadi sangat pendiam apabila anda sedang memikirkan sesuatu.
I : Selalu tersenyum dan membuat orang lain tersenyum.

S : Anda seorang yang berpengetahuan.
Y : Anda selalu penyebab pada banyak masalah.
A : Anda menjadi sangat pendiam apabila anda sedang memikirkan sesuatu.
H : Anda tidak suka menghakimi sesuatu/orang.
I : Selalu tersenyum dan membuat orang lain tersenyum.
R : Anda seorang yang gemar bersosial.
A : Anda menjadi sangat pendiam apabila anda sedang memikirkan sesuatu.

Jan 18, 2010

suku abad

Alhamdulillah, 4 januari lalu pai syahira mencecah 25 tahun.
umur makin meningkat tapi ibadat aku adakah makin bertambah?
yang pasti umur meningkat bermakna semakin menghampiri maut.
semoga umur yang ada ini dapat dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah. semoga pai boleh melalu transit kehidupan dunia sebelum menuju alam nyata akhirat kelak :)

semua orang inginkan hadiah yang indah di hari lahir,begitu juga dengan pai. pada tahun ini, hadiah paling indah adalah apabila berjaya mengecapi apa yang ku inginkan. kata orang sabar itu separuh pada iman. benar, sabar itu perlu ada untuk mengharungi kehidupan..apatah lagi jika bergelar Muslim.sedikit sebanyak ada juga sabar dalam diri ku walaupun kadang-kadang pai pun bukan penyabar.

apa yang penting, pai harus lebih bersikap matang. memperhatikan kehidupan ini, menimbang baik buruk sesuatu dan mengaplikasikan dalam kehidupan. semoga apa yang pai pilih ini adalah pilihan yang tepat.insya Allah.. biar lambat asalkan selamat. melihat rata-rata semua sahabtku dah habis degree, ade jua yang sedang buat master, dan tak kurang juga yang sedang mendaftarkan diri ke phd.. dan yang best semua da bekerjaya serta berkeluarga.. hihi tumpang gembira buat semua sahabat yang telah berjaya.untuk diriku, jangan berputus asa. laluan hidupmu atas ketentuan Ya Rabb , jadi bersyukurlah apa yang ada serta dugaanNya untuk diriku.

:) buat yang mengirim sms, hadiah, kad hari jadi. terima kasih diucapkan.

buat kamu, Muhammad Amin. tetap orang pertama menjadi mengucapkan hari lahir buat ku.pai tahu kamu tidak pernah lupa. dulu jauh di pakistan, kamu juga :) dan dekat di sini pun, kamu jua. ucapanmu dari bibirmu penuh makna :)

buat Ummi, hehe terima kasih atas nyanyian lagu selamat hari lahir in hindi version.. terima kasih kerana lahirkan anak gadis yang degil ini. setiap tahun ummi pasti nyani lagu tu kan..baut abang, adik, walid.. tq

buat adik lelaki ku, izuan.. mekacih ingat hari lahir pai.

buat adik lelakiku, ijat and syafiq, tq mainkan gitar dan nyanyian live... merdu ;p

buat salme dan , fatin tq ucapan dalam bahasa korea.

buat semua housemates: za, june, nana, cak,aca akma,skilo,atin.. tqvm yea.

buat puna haliza mahayudin, tq for your wish and the biggest present i ever had :)

buat kak long..hehehe tq yea :)

buat ayah teh, mekacih atas doa ayh teh.

buat sahabat ku hazerin, seawa pagi, nyanyianmu buat air mataku jatuh.. tq yeen.. tq juga maafkan aku.

buat diyana, buat rose, buat iwani, dan semua kacipku.. syukran banyak2

buat fazli, baut ikram, thanks jua..

buat obe's mum.. tq..

aiyo... da tak ingat da.. ramai sangat.. apepun kalau nama anda tidak tersenarai, bukan bermakna paisyahira tidak menghargai. ucapan kalian merupakan doa. terma kasih.

cuma maklum laa, da makin tua ni jadi cepat pelupa sikit.. hehe
ni pic zaman akhir 24 tahun.. di air terjun sagil.. da tua pun suka mandi air terjun lagi :)

Jan 12, 2010

senyuman pai


kita kena senyum kan walau ape pun benda busuk muncul dalam hidup kita?
hee benci betul, tapi kena juga terima.terlalu wangi kadang-kadang tidak bagus untuk kita juga. sebab terlalu wangi pun boleh jadi busuk.

hidup ini satu pergolakan dan pertaruhan. hihi

kena redha dan sentiasa bersyukur :)

alhamdulillah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...